PENGENALAN

KESUMBA atau nama penuhnya Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya. KESUMBA juga telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada April 1998.

MOTO

Moto KESUMBA ialah "Maju Sehati" yang bermaksud usaha sehati menuju ke arah kemajuan

MATLAMAT

Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan kelab

Mengadakan dan menjalin hubungan dengan badan-badan social lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan

Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik UMS

Mengadakan, menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan.

Facebook Page KESUMBA

Jawatankuasa Tertinggi KESUMBA Sesi 2019-2021

IMG 2717IMG 2744

Pada 16 Mei 2015, KESUMBA telah menerima kunjungan mesra daripada Persatuan Wanita, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun , Terengganu (PEWANI) di Café De Sireh, Bangunan Canselori, UMS.

Pada majlis ini, Puan Hayati Salleh Baihaki selaku Ketua Biro Penerangan dan Perhubungan telah memberikan taklimat kepada ahli rombongan berkaitan UMS dan Kelab KESUMBA. Turut hadir pada sesi ramah mesra ini adalah Setiausaha Kehormat, Cik Norti Sirin yang mewakili Yang Dipertua KESUMBA, Datin Baidah Ibrahim.

Sesi ramah mesra dan bertukar pengalaman antara dua kelab ini dapat memberi penambahbaikan kepada perancangan aktiviti KESUMBA yang bakal di laksanakan.

Please publish modules in offcanvas position.