PENGENALAN

KESUMBA atau nama penuhnya Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya. KESUMBA juga telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada April 1998.

MOTO

Moto KESUMBA ialah "Maju Sehati" yang bermaksud usaha sehati menuju ke arah kemajuan

MATLAMAT

Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan kelab

Mengadakan dan menjalin hubungan dengan badan-badan social lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan

Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik UMS

Mengadakan, menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan.

Facebook Page KESUMBA

Jawatankuasa Tertinggi KESUMBA Sesi 2019-2021

11863473 10153517843198398 8193736910618217716 n

KESUMBA Serah Sumbangan RM2,000 kepada Aman Palestin

SELASA, 11 OGOS – Kelab Surirumah dan Staf Wanita (KESUMBA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM2,000 kepada Aman Palestin, cawangan Sabah.

Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan daripada kalangan warga UMS melalui satu kempen yang dianjurkan KESUMBA.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Kehormat KESUMBA, Norti Sirin kepada Pengurus Aman Palestin Sabah, Jumriati Abdullah.

Hadir sama pada majlis penyampaian itu ialah Bendahari Kehormat, Silawati Khamis; Exco Kerohanian dan Kebajikan, Siti Khadizah Yaakub dan Presiden KESUMBA UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Hayati Salleh Baihaki.

Aman Palestin merupakan sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. - SS

Foto: Hayati Salleh Baihaki

Please publish modules in offcanvas position.