PENGENALAN

KESUMBA atau nama penuhnya Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya. KESUMBA juga telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada April 1998.

MOTO

Moto KESUMBA ialah "Maju Sehati" yang bermaksud usaha sehati menuju ke arah kemajuan

MATLAMAT

Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan kelab

Mengadakan dan menjalin hubungan dengan badan-badan social lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan

Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik UMS

Mengadakan, menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan.

Facebook Page KESUMBA

Jawatankuasa Tertinggi KESUMBA Sesi 2019-2021

11745809 954868637867891 2744666353822564961 n

11160671 954869837867771 9216581483314353252 n 11215124 954870074534414 2424532884854091866 n

11222250 954870087867746 7590969477972911203 n 11742869 954869137867841 5817180362579824542 n

11751745 954869111201177 1590682338659567900 n

Atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab sosial, Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Home Tuaran pada 13 Julai 2015 (Isnin) bagi meluangkan masa bersama penghuni rumah kebajikan tersebut. Program ini anjuran Puteri KESUMBA.

Pada lawatan itu, KESUMBA turut menyampaikan sumbangan kepada tabung rumah kebajikan Home Tuaran serta bantuan Aidilfitri kepada para penghuni. Lawatan tersebut turut dihadiri Yang Dipertua KESUMBA, Datin Baidah Ibrahim.

Menurut Pengusaha Rumah Anak Yatim Home Tuaran, selain sumbangan dan bantuan barangan, Home Tuaran juga memerlukan sumbangan masa daripada orang ramai untuk memberi sokongan motivasi dan semangat kepada anak-anak di rumah kebajikan tersebut.

Please publish modules in offcanvas position.