PENGENALAN

KESUMBA atau nama penuhnya Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya. KESUMBA juga telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada April 1998.

MOTO

Moto KESUMBA ialah "Maju Sehati" yang bermaksud usaha sehati menuju ke arah kemajuan

MATLAMAT

Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan kelab

Mengadakan dan menjalin hubungan dengan badan-badan social lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan

Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik UMS

Mengadakan, menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan.

Facebook Page KESUMBA

Jawatankuasa Tertinggi KESUMBA Sesi 2019-2021

10371562 938436622844426 969038154120671200 n11401505 938436642844424 2373872897445074294 n

Tanggal 12 Jun 2015 mencatat sejarah apabila Majlis Perasmian Kiosk KESUMBA telah berlangsung dengan jayanya. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah, Naib Canselor UMS merangkap penasihat KESUMBA. Acara ini turut dihadiri pengurusan tertinggi UMS.

Kiosk ini telah mula beroperasi pada awal bulan April tahun ini. Pewujudan Kiosk KESUMBA di tiga (3) lokasi strategik di UMS iaitu berhampiran perhentian bas Dewan Kuliah 1, berhampiran perhentian bas Dewan Kuliah 2 dan berhampiran perhentian bas Perpustakaan. Projek ini adalah dibawah Biro Ekonomi dan Kepenggunaan memberi kemudahan kepada pelajar dan kakitangan UMS. Tahniah KESUMBA!

Please publish modules in offcanvas position.