PENGENALAN

KESUMBA atau nama penuhnya Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya. KESUMBA juga telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada April 1998.

MOTO

Moto KESUMBA ialah "Maju Sehati" yang bermaksud usaha sehati menuju ke arah kemajuan

MATLAMAT

Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan kelab

Mengadakan dan menjalin hubungan dengan badan-badan social lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan

Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik UMS

Mengadakan, menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan.

Facebook Page KESUMBA

Jawatankuasa Tertinggi KESUMBA Sesi 2019-2021

11329935 10153392060689791 1845512808979233214 n 11391314 10153392060764791 931357786457451038 n
11406954 10153392060814791 8373462394351121583 n

Sesi Perkongsian Ilmu - The Power of 6S yang telah disampaikan oleh Cik Norti Sirin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) yg juga merupakan Setiausaha Kehormat KESUMBA pada 29 Mei 2015 yg lepas. 6S yang dimaksudkan adalah hasil inspirasi daripada Prof. Dr. Muhaya Mohamad iaitu Senyum, Salam, Sapa, Sopan/Santun, Syukur dan Sabar. Program anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran ini telah dihadiri oleh ahli dan juga kakitangan UMS di Teratak KESUMBA. Selain daripada itu Cik Norti juga berkongsi beberapa kata-kata hikmah daripada Prof Dr Muhaya dan juga Dr Azizan Osman.

Please publish modules in offcanvas position.