Busana akademik (jubah, hud, dan mortar board/hunter's cap) WAJIB DIPULANGKAN sebaik sahaja sesi konvokesyen berakhir.
*Sila pastikan anda mengembalikan busana akademik dalam keadaan baik.
Graduan boleh mengambil skrol dan transkrip mereka selepas upacara konvokesyen tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Busana akademik telah dikembalikan dalam keadaan lengkap dan baik serta perlu menunjukkan slip untuk pengembalian busana akademik. ii. Semua hutang yang masih tertunggak kepada universiti telah dibayar (sekiranya ada).