Pengenalan

Turnitin merupakan peneraju global dalam menilai kerja pelajar. Perkhidmatan berasaskan cloud-based service ini memeriksa keaslian, pemarkahan dalam talian dan penilaian rakan pensyarah menjimatkan masa dan menyediakan maklum balas kepada pelajar. Salah satu aplikasi pendidikan yang paling meluas di dunia, Turnitin digunakan oleh lebih 10,000 institusi di 135 buah negara untuk menguruskan penyerahan, pengesanan dan penilaian kerja pelajar dalam talian.
Panduan bagi Pensyarah
Aplikasi Turnitin mempunyai sumber yang besar bagi membantu pensyarah bermula dengan cepat dan membangunkan kemahiran yang lebih mendalam melalui penggunaan berterusan. Jika anda baru untuk Turnitin, lihat 4 siri video:
Part 1 - Getting started with Turnitin Hubungi Pustakawan Rujukan |
|
Part 2 - Setting-up and Submitting Assignments |
|
Part 3 - Evaluating Originality Reports |
|
Part 4 - Providing Feedback and Grading |
|
Polisi
- Polisi ini diketengahkan bagi menetapkan kaedah dan dasar penggunaan Turnitin untuk memastikan ia digunakan secara optimum dalam mencegah aktiviti plagiarism di kalangan pelajar khususnya pelajar Pascasiswazah di Universiti Malaysia Sabah.
- Lesen Turnitin adalah untuk kegunaan Pentadbir, Pensyarah/Penyelia dan Pelajar Pascasiswazah UMS sahaja.
- Selain daripada tiga di atas adalah Tidak dibenarkan.
- Pendaftaran akaun (login) perlu menggunakan emel universiti iaitu @ums.edu.my atau @student.ums.edu.my (emel pelajar pascasiswazah). Pentadbir berhak untuk menamatkan akaun pengguna jika tidak berdaftar menggunakan emel universiti.
- Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik yang bertugas di UMS yang sedang Cuti Belajar di institusi yang sama iaitu di UMS juga adalah dianggap sebagai 'Pelajar UMS'. Mereka LAYAK menggunakan Turnitin.
- Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik yang bertugas di UMS yang sedang "Cuti Belajar"di institusi SELAIN UMS dianggap 'Bukan Pelajar UMS'. Mereka TIDAK LAYAK menggunakan Turnitin.
- Turnitin dikawalselia oleh Pentadbir Turnitin UMS yang telah dilantik oleh Pengurusan Perpustakaan UMS.
- Pentadbir hanya bertanggungjawab dan berkuasa terhadap akaun pensyarah sahaja.
- Pensyarah/penyelia adalah dipertanggungjawabkan mengawalselia penggunaan akaun pelajar dalam Turnitin termasuk proses muat-naik atau muat-turun fail.
- Pentadbir tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan fail yang terdapat di dalam kelas-kelas yang diwujudkan dalam Turnitin oleh Pensyarah/ Penyelia.
Hubungi Kami
Khidmat Rujukan
Bahagian Konsultasi Maklumat
Whatsapp: 088320232
Email: library_info@ums.edu.my
Soalan Lazim
Under Construction