Bahasa MelayuEnglish (UK)

buletin

Facebook

Buku Peraturan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (1994 - 2016)

Terma Rujukan Wakil BPQ di JFPIU

1.    LATAR BELAKANG
1.1    Pewujudan Bahagian Pengurusan Kualiti Universiti [BPQ] di Jabatan Pendaftar telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan [PBPU] dalam mesyuarat yang bersidang pada 25 Oktober 2017.
1.2    Pewujudan ini merupakan transformasi kepada sistem pengurusan kualiti universiti yang diletakkan di Jabatan Pendaftar bertepatan dengan Pendaftar sebagai pemegang kepada UMS KRA 4 memperkukuhkan sistem penyampaian dalam usaha mengekalkan keupayaan UMS sebagai universiti awam yang berupaya menunjukkan tadbir urus yang baik dalam bidang tadbir urus institusi. Ini juga sejajar dengan statut pendaftar membantu Naib Canselor merancang pelan strategik dan merealisasikan pelan strategik sesuai dengan visi dan misi Universiti.  
1.3    Transformasi ini juga bakal menyaksikan sistem pengurusan kualiti ini dikendalikan secara komprehensif dengan gabungan kualiti perkhidmatan  bagi sistem penyampaian akademik dan sistem sokongan daripada komponen bukan akademik.   

2.    NAMA
Wakil BPQ di JFPIU

3.    OBJEKTIF
Wakil BPQ di JFPIU akan bertindak sebagai mata telinga BPQ di JFPIU untuk memastikan pelaksanaan SPK secara berterusan dan difahami serta dihayati oleh warga JFPIU khasnya dan warga UMS amnya.  

4.    FUNGSI
4.1    Membantu BPQ menyalurkan maklumat dan berita terkini mengenai Sistem Pengurusan Kualiti UMS kepada warga JFPIU.
4.2    Mewakili JFPIU untuk menyampaikan sebarang isu SPK di peringkat JFPIU yang perlu perhatian BPQ dan pihak pengurusan universiti.
4.3    Menyelaras pelaporan JFPIU ke MKSP.
4.4    Wakil tetap ke Mesyuarat bersama wakil BPQ di JFPIU dan melaksanakan peranan sebagai termaktub dalam terma rujukan mesyuarat berkenaan.
4.5    Menyelaras pasukan kreanova JFPIU.