1. Siapa yang layak menerbitkan buku dengan Penerbit UMS?

Keutamaan diberikan kepada staf akademik UMS sahaja. Walau bagaimanapun, staf bukan akademik juga boleh menghantar manuskrip untuk diterbitkan. Sila rujuk buku panduan Dasar Penerbitan Ilmiah UMS.

 

2. Bagaimana cara penghantaran manuskrip/ karya penulisan ke Penerbit UMS?

Semua manuskrip/karya penulisan yang hendak diterbitkan melalui Penerbit UMS hendaklah melalui kelulusan Jawatankuasa Penerbitan Fakulti atau Institut masing-masing terlebih dahulu sebelum dihantar ke Penerbit UMS untuk tujuan penerbitan. Sebelum manuskrip dihantar, mohon pastikan karya tersebut mematuhi format yang telah ditentukan untuk layak diterbitkan sebagai buku dan Borang Penghantaran Manuskrip telah diisi.

 

3. Bagaimana proses penerbitan buku dijalankan?

Manuskrip yang telah dihantar akan melalui proses pewasitan/penilaian luar atau dalaman untuk dinilai kebolehterbitannya, proses penambahbaikan manuskrip selepas ulasan dari pewasit luar, suntingan bahasa dan format, proses leka letak dan grafik dan sebut harga sebelum dihantar ke pencetak. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Bahagian Editorial Penerbit UMS di talian 088-320000 samb. 1015.

 

4. Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk menerbitkan sebuah buku?

Tempoh masa yang diambil untuk menerbitkan sesebuah buku bergantung kepada kelancaran proses penerbitan buku bermula dari proses pewasitan luar, penambahbaikan penulis, suntingan, reka letak buku dan grafik, proses sebut harga dan proses cetakan. Sekiranya semua proses ini berjalan lancar, jangkamasa yang diambil adalah 1 tahun 6 bulan.

 

5. Adakah royalti diberi kepada penulis?

Insentif kewangan hanya dibayar kepada manuskrip yang layak sahaja. Sila rujuk buku panduan Dasar Penerbitan Ilmiah UMS untuk maklumat lanjut.

 

6. Bolehkah FPIU dan pihak luar (sekolah, jabatan kerajaan, pusat sumber dan lain-lain) memohon untuk mendapatkan sumbangan buku sebagai cenderahati atau untuk simpanan FPIU?

Edaran surat dari Jabatan Canselori bertarikh 21 Februari 2012 menyatakan persetujuan Naib Canselor bahawa bermula tahun 2012 ini semua buku yang dipohon oleh JPSIU atau pihak luar untuk tujuan cenderahati atau sumbangan akan dikenakan bayaran mengikut harga dan prosedur biasa.

 

7. Di mana buku terbitan UMS boleh didapati?

Untuk tujuan penjualan/pembelian, buku terbitan UMS boleh didapati terus dari Kedai Buku Penerbit UMS yang terletak di Bangunan HEP dan juga secara atas talian di http://bookstore.ums.edu.my. Di samping itu, buku ini juga boleh didapati/dipesan di beberapa pengedar/kedai buku/koperasi-koperasi universiti. Buku terbitan UMS juga boleh dipesan dari beberapa rangkaian pengedar di Brunei Darussalam dan Singapura. Sila berhubung dengan Bahagian Pemasaran Penerbit UMS (088- 320000 samb. 1104 dan 1304) untuk maklumat lanjut.

 

8. Bolehkah penulis menjual sendiri buku yang diterbitkan?

Penulis dialu-alukan untuk menjual sendiri buku terbitan mereka. Mohon berhubung dengan Bahagian Pemasaran Unit Penerbitan (088- 320000 samb. 1104 dan 1304) untuk maklumat lanjut.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila berhubung terus dengan kami di talian 088-320000 samb.1462 (Bahagian Pentadbiran), 1015 (Bahagian Editorial) dan 1304 (Bahagian Pemasaran).

: Penerbit UMS, Tingkat Bawah, Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 80400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
: 2558/1462/1015, Talian Terus: +6088-320076/320462/320789
: 088-320446
: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
: http://www.ums.edu.my/penerbit

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
Pihak pentadbiran di UMS mula menitikberatkan bidang penerbitan apabila tertubuhnya Unit Penerbitan pada tahun 2001. Bermula dengan serba keterbatasan jumlah kakitangan dan kemudahan selain masih bertatih dalam ruang proses pembelajaran, kini Penerbit UMS telah mula bangun untuk memperkasa organisasi dan bidang penerbitan di UMS khasnya. Kami bertekad untuk terus meningkatkan prestasi, memajukan penerbitan universiti agar berdiri sama tinggi dengan penerbit universiti yang lain di persada tempatan mahupun global. Marilah bersama-sama kita berganding bahu dan melestarikan kecemerlangan arena penerbitan universiti demi menyahut visi universiti .
 
Wassalam.
 
"Bertekad Cemerlang"
 
Prof. Madya Dr. Asmiaty Amat
Pengarah
Penerbit UMS

Please publish modules in offcanvas position.