08:00 AM - 5:00 PM

Pusat Perumahan Pelajar & Hospitaliti

Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti (PPPH) Universiti Malaysia Sabah telah diluluskan untuk ditubuhkan pada 16 Januari 2019. Pusat Perumahan Pelajar & Hospitaliti dahulunya adalah Bahagian Perumahan Pelajar di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang dinaiktaraf menjadi Pusat bagi menguruskan hal-ehwal perumahan pelajar

Pusat Perumahan Pelajar & Hospitaliti akan menjalankan 4 fungsi strategik bagi membantu Universiti Malaysia Sabah mencapai bidang keberhasilan utama (UMS-KRA) nombor lapan iaitu “Mempertingkatkan pengalaman holistik pelajar”.

Perkhidmatan kami

PENGINAPAN PELAJAR

Penginapan ditawarkan untuk semua kategori pelajar tertakluk kepada penawaran tempat.

Info lanjut
PENGINAPAN LUAR

Penginapan juga disediakan kepada organisasi luar dan individu dengan caj penginapan yang minimum.

Info lanjut
SEWAAN RUANG

Perkhidmatan sewaan ruang dan dewan ditawarkan pada harga yang berpatutan

Info lanjut

Visi

Menjadi pemacu kepada pencapaian bidang keberhasilan utama UMS ke-1 (pengalaman holistik pelajar) melalui tadbir urus penginapan dan hospitaliti pelajar yang prihatin , kondusif dan inovatif.

MISI

Memberikan perkhidmatan dan pengurusan penginapan dan hospitaliti pelajar yang efisien dan efektif.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN

  • Memberikan perkhidmatan & pengurusan penempatan pelajar di Kolej Kediaman UMS
  • Mengurus tadbir institusi kolej kediaman, iaitu melibatkan governan, Pengetua / Felo / Pengurus Asrama , program / aktiviti bersepadu dan lain-lain yang berkaitan.
  • Mengurus tadbir perolehan dan penyelenggaraan fasiliti / aset / kemudahan lain agar hospitaliti pelajar di Kolej Kediaman dapat dilaksanakan sebaiknya.
  • Melaksanakan tadbir urus yang inovatif dan responsive demi mencapai kepuasan pelanggan dan pemegang taruh (Stakeholders)

MOTO PERKHIDMATAN

Moto perkhidmatan Pusat Perumahan Pelajar & Hospitaliti adalah : CIR ~ #Conducive #Innovative #Responsive

KONDUSIF

Perkhidmatan & kemudahan yang disediakan kondusif untuk proses pembelajaran pelajar.

INOVATIF

Mencurahkan segala daya berfikir untuk menciptakan sesuatu yang baru dalam tadbir urus.

RESPONSIF

Memberi kerjasama tinggi dan reaksi yang bersifat membantu dalam sesuatu perkara segera
KAMPUS
KOLEJ
KAKITANGAN
STUDENTS

Galeri Gambar

Saya berasa bangga menjadi alumni Universiti Malaysia Sabah dan pernah menginap di kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak UMS sangat memuaskan hati.

Susan Justin Lanak
PEN. PEG. TADBIR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Perumahan Pelajar & Hospitaliti sangat memuaskan hati.

Ebenezer Saimin
Pen. Jurutera, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Saya berasa bangga menjadi warga kerja Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti. Budaya kerja di sini mengutamakan kebajikan pelajar.

Shonnie Sue
Pembantu Tadbir, Universiti Malaysia Sabah

    Cari kami di Facebook

    Alamat perhubungan

    Anjung Siswa, Aras 1, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah