
Kota Kinabalu, 29–30 Julai 2026 (RABU–KHAMIS) – Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) melalui Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah melaksanakan Program Jerayawara Kutipan dan Semakan Kaunter Zakat Bil. 7/2026 sempena Persidangan Antarabangsa Learning & Development (L&D) Conference 2026 yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang ini menyediakan kemudahan perkhidmatan zakat kepada para peserta dan pengunjung persidangan melalui kaunter yang disediakan sepanjang program berlangsung.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang program ini termasuk urusan bayaran zakat, khidmat nasihat dan rundingan berkaitan zakat serta semakan zakat dan kutipan. Selain itu, pihak Pusat Islam UMS turut mengambil peluang untuk mempromosikan dan menghebahkan program Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH) serta Sijil Profesional Pengurusan Masjid (SPPM) kepada para pengunjung. Penyediaan kaunter ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk mendapatkan penerangan, khidmat nasihat serta membuat semakan berkaitan zakat secara terus, di samping mendapatkan maklumat mengenai peluang pengajian dan pembangunan ilmu yang ditawarkan oleh Pusat Islam UMS.
Penganjuran Program Jerayawara ini merupakan antara usaha berterusan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan zakat kepada warga universiti dan masyarakat. Melalui pendekatan turun padang, PIUMS berusaha mendekatkan perkhidmatan serta khidmat berkaitan zakat kepada komuniti dengan lebih mudah, mesra dan berkesan.
Program ini turut mencerminkan peranan Pusat Islam UMS dalam memberikan ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan, khidmat nasihat dan semakan berkaitan zakat secara bersemuka. Usaha ini diharap dapat menyokong peningkatan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap pengurusan serta kewajipan menunaikan zakat.
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare