السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayari laman web Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah.

Besar harapan kami untuk menjadikan satu wadah perhubungan antara Pusat Islam dengan masyarakat kampus seterusnya masyarakat luar amnya. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dan dianjurkan di Pusat islam UMS khususnya untuk kebaikan dan kebajikan semua orang.

Diharapkan dengan penaiktarafan fungsi daripada Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid kepada Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, akan lebih memudahkan kami dalam memastikan syiar Islam khususnya kepada seluruh warga UMS dan masyarakat sekitarnya akan lebih diterima dengan baik dan senantiasa mendapat sokongan.

Besar harapan saya dan semua kakitangan di Pusat Islam untuk menerima sebarang cadangan, komen, dan apa sahaja perkara yang dapat memajukan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebajikan kakitangan UMS.
Akhir sekali, terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua pihak selama ini dalam memajukan Pusat Islam UMS.

جزاكم الله خير الجزاء

 

Yang Ikhlas

Dr. Sarip Adul

Pengarah

Pusat Islam

Universiti Malaysia Sabah

Please publish modules in offcanvas position.