PIUMS DAN ETIQA AGIHKAN PEK MAKANAN

ISNIN, 23 NOVEMBER - Atas keprihatinan dan kebertanggungjawaban terhadap kebajikan para mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah dan Etiqa Family Takaful Berhad telah mengagihkan 1000 pek makanan kepada mahasiswa yang berada di dalam kampus induk, Kampus Antarabangsa Labuan, dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.

Majlis penyerahan ringkas telah diadakan di perkarangan Bangunan Anjung Siswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah diantara Dr. Sarip Bin Adul, Pengarah Pusat Islam UMS dan Prof. Madya Dr. Raman Nordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS mewakili Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan mahasiswa UMS.

Menurut Dr. Sarip Adul, sejumlah RM25,000.00 telah diperuntukkan bagi memastikan semua mahasiswa yang berada di dalam kampus-kampus UMS ini mendapat bekalan makanan yang secukupnya sepanjang tempoh PKPB yang masih berkuatkuasa. Agihan ini meliputi 800 pek makanan untuk agihan di kampus induk Kota Kinabalu, 100 pek makanan untuk agihan di Kampus Antarabangsa Labuan, dan 100 pek makanan untuk agihan di Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.

Turut hadir dalam majlis serahan ringkas ini ialah Pn. Masnahneh Masdin (Pegawai Psikologi Kanan, JHEP), Ust. Mohammad Fazri Abdul Hamid (Pegawai Hal Ehwal Islam, PIUMS) dan Ust. Mahmud Mahanis (Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam, PIUMS).

Berita disunting oleh : Malik Hanafi Bin Achmad Rofi'ie 

Please publish modules in offcanvas position.