BPS MEMACU KECEMERLANGAN PIUMS

JUMAAT, 13 NOVEMBER  - Bagi memastikan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh warga UMS dan masyarakat sekitarnya, Bengkel Pelan Strategik Pusat Islam UMS (2021-2022) telah dilaksanakan secara atas talian.

Berpaksikan kepada 6 Key Result Areas (UMS-KRA), bengkel ini telah memberi fokus kepada memperkasakan tadbir urus dan perkhidmatan, membudayakan inovasi dan kualiti kerja mukmin profesional, menjadi peneraju pusat pembangunan sumber insan yang holistik, dan mempertingkatkan fungsi dakwah dan kebajikan serta tanggungjawab sosial bukan sahaja kepada warga UMS, bahkan kepada seluruh masyarakat dan penduduk di Negeri Sabah.

Bengkel yang diadakan secara bersiri telah berlangsung bermula 28 Oktober 2020 (Siri I), 04 November 2020 (Siri II), dan 13 November 2020 (Siri III) membincangkan tentang segala perancangan bagi tempoh 2021-2022.

Pada akhir siri bengkel ini, PIUMS telah menjemput Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Bin Abd. Karim (Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunukasi Korporat, UMS) dan Dr. Phang Ing (Timbalan Pengarah (Strategik) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunukasi Korporat, UMS) bagi memberikan taklimat dan penerangan secara terperinci berkaitan tatacara merangka pelan strategik yang mapan dan mampu memberikan impak yang positif kepada UMS.

Berita disunting oleh : Malik Hanafi Achmad Rofi'ie

Please publish modules in offcanvas position.