Program HOPE (Holistic Potential Enhancement Program)

Print

HOPE adalah program oleh YATIM (Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia) yang direka khas untuk anak-anak yatim dalam bentuk sekolah harian untuk daerah terpilih. Siri program pertama pada 2019 melibatkan 100 peserta daripada tiga (3) buah sekolah daerah terpilih di Sabah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran.

Pengisian untuk tahun pertama (tingkatan 4) bertujuan membentuk pembentukan harga diri, memperkuat identiti, pembelajaran dan kemahiran menyelesaikan masalah. Program ini telah diadakan dari 15 hingga 17 Mac 2019 di Kem Latihan Belia, BTN Kundasang dengan kerjasama YATIM (Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia) dan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah yang melibatkan 50 pelajar UMS sebagai fasilitator untuk peserta program.