Kursus ini diadakan bertujuan untuk menyiapkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi fasilitator bagi Bengkel Kemahiran Insaniah UMS SEJATI Tahap I.
Objektif
- Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis dalam pengurusan aktiviti.
- Memupuk semangat kepimpinan dan bekerjasama dalam satu pasukan.
- Meningkatkan daya keyakinan yang tinggi dan cekal dalam menghadapi masalah.
Hasil Pembelajaran
- Dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dalam pengurusan program.
- Dapat memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan serta berkeyakinan tinggi.
- Dapat membezakan antara kepimpinan, kuasa dan autoriti.
- Mempunyai personaliti dengan ciri-ciri kepimpinan.
- Melahirkan rasa kesukarelawanan dalam diri mahasiswa/i.