Program UMS-SPRINT

Program UMS-SPRINT ataupun dikenali sebagai UMS-SISWAPRIHATIN merupakan program hubungan komuniti berteraskan keperluan pembangunan kemahiran insaniah dengan tumpuan kepada nilai-nilai kerjasama berkumpulan, kepimpinan serta membangunkan daya dan kemampuan interaksi dan komunikasi secara efektif dengan masyarakat setempat. Program ini dicernakan dari kursus-kursus kokurikulum bagi memberi ruang kepada pelajar mengadakan interaksi komuniti, budaya dan intelek dalam usaha merealisasikan integrasi nasional dan mahasiswa universiti yang mempunyai jati diri dan nilai kasih sayang sejagat. Program ini membawa pelajar ke beberapa tempat dan lokasi di negeri Sabah khususnya kawasan pedalaman dan desa.

 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah motivasi pendidikan, interaksi budaya, program kemasyarakatan dan pembangunan insaniah serta program-program yang melambangkan keprihatinan dan sumbangan mahasiswa kepada masyarakat. Program UMS-SPRINT di anjurkan pada setiap semester melibatkan pelajar-pelajar kokurikulum di kampus Induk Kota Kinabalu, Sandakan dan Kampus Antarabangsa Labuan. Di akhir program ini, pelajar diminta untuk menyediakan laporan projek dan seterusnya mengadakan pembentangan secara berkumpulan. Kualiti laporan projek serta pembentangan akan dinilai sebagai sebahagian daripada penilaian akhir.