Cetak

ER 00103 ST. JOHN AMBULAN

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta untuk menimba ilmu dalam bidang

pertolongan cemas. Pengetahuan mengenai ilmu pertolongan cemas kini menjadi suatu matlamat penting dan Kursus ini merangkumi segala kemahiran asas yang diperlukan oleh seseorang untuk menjalankan tugas pertolongan cemas atau bantuan pertama dengan yakin. Perkara kecemasan penting seperti pemulihan pernafasan dan rawatan luka diberi tekanan dalam pembelajaran ini.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

ER 00203 BULAN SABIT MERAH

Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar dalam bidang pertolongan cemas. pelajar akan diterangkan tentang sejarah, alat pertolongan cemas dan juga teknik-teknik pertolongan cemas merangkumi segala kemahiran asas yang diperlukan oleh seseorang untuk menjalankan tugas pertolongan cemas atau bantuan pertama dengan betul dan yakin. Perkara penting seperti pemulihan pernafasan, memberhentikan pendarahan, rawatan kebakaran, sawan, luka dan keracunan akan diberi tekanan. Dalam kelas teori, pelajar akan ditekankan tentang kepentingan kebersihan sama ada tubuh badan ataupun persekitaran untuk mengelakkan sebarang penyakit dan kemalangan.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

 

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN DARAT

(PALAPES DARAT)

PALAPES membentuk peradaban,kualiti kepimpinan dan pengetahuan asas ketenteraan untuk menghasilkan pegawai muda yang berketerampilan dan berwawasan. Bagi memastikan tercapainya objektif latihan PALAPES secara lebih dinamik dan efektif, beberapa aspek khusus dirumuskan sebagai objektif pendukung seperti pengetahuan ketenteraan iaitu memberi pengetahuan asas ketenteraan yang diperlukan oleh setiap pegawai muda bagi meningkatkan taraf profesionalisme sebagai seorang pegawai di dalam ATM yang menjawat Ketua Platun Infantri atau setaraf; Kemahiran ketenteraan yakni memberikan kemahiran asas ketenteraan yang akan diutamakan kepada aspek pengendalian senjata individu dan teknik-teknik asas taktik; kepimpinan yakni menanam dan memupuk semangat ketenteraan yang jitu dengan menitikberatkan kepada daya kepimpinan, kewibawaan,berdisiplin tinggi, tekun dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada organisasi yang dianggotai; Mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang mantap serta memupuk semangat keyakinan diri tinggi, cergas dan segak sejajar sebagai tentera yang terlatih.

KONSEP DAN SILIBUS LATIHAN

Latihan PALAPES dilaksanakan selama tiga tahun atau enam semester dan dibahagikan kepada tiga peringkat. Tahun pertama sebagai Peringkat I(Junior Level), tahun kedua sebagai Peringkat II (Intermediate Level) dan tahun ketiga sebagai Peringkat II (Senior Level). Keseluruhan latihan adalah peningkatan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya. Jenis- jenis latihan yang dijalankan adalah Latihan Tempatan (LT) selama 120 jam atau 12 hari satu semester; Latihan Lanjutan (LJ) selama 14 hari setahun; dan Latihan Kem Tahunan (LKT) selama 15 hari setahun. Bagi mencapai objektif latihan PALAPES, silibus pelajaran dibahagikan kepada aspek-aspek tertentu untuk dijadikan pendekatan kepada latihan seperti aspek pengajian ketenteraanyang merangkumi taktik seperti peperangan konvensional dan peperangan melawan insurgensi hingga peringkat platun, ilmu medan perang, membaca peta, organisasi ATM, semboyan,undang-undang tentera, akaun dan gaji, persuratan tentera dan pentadbiran; aspek latihan kemahiran ketenteraan seperti senjata (pengendalian senjata persendirian dan senjata bantuan) dan kawad (meliputi kawad kaki,senjata,tongkat dan pedang); aspek ketahanan fizikalyang merangkumi latihan asas jasmani, senaman perang, merentas halangan, merentas desa, ujian kecergasan asas (UKA), ujian kecergasan tempur (UKT), jalan lasak dan sukan; dan aspek kepimpinanyang merangkumi kepimpinan, sistem pemegang pangkat dalam organisasi pegawai kadet PALAPES, tugasan regimental, aktiviti sosial dan adat resam ketenteraan, sistem perjawatan semasa latihan medan, public speaking, tugasan kajian military leadership, lawatan sambil belajar (dalam dan luar negara) dan majlis makan beradat.

ED 10101 PALAPES DARAT I

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar proses melatih Pegawai Kadet PALAPES untuk mencapai tahap kecekapan Anggota Repal Kelas Dua (Second Class Rifleman). Antara aspek yang akan disentuh termasuklah asas kepada pengajian ketenteraan yang merangkumi taktik seperti peperangan konvensional dan peperangan melawan Insurgensi hingga peringkat platun, aspek latihan kemahiran ketenteraan seperti senjata (pengendalian senjata persendirian dan senjata bantuan) dan kawad (meliputi kawad kaki,senjata,tongkat dan pedang); aspek ketahanan fizikal yang merangkumi latihan asas jasmani, senaman perang, merentas halangan, merentas desa, ujian kecergasan asas (UKA), ujian kecergasan tempur (UKT), jalan lasak dan sukan; dan akhir sekali aspek kepimpinan yang merangkumi kepimpinan, sistem pemegang pangkat dalam organisasi pegawai kadet PALAPES, tugasan regimental, aktiviti sosial dan adat resam ketenteraan, sistem perjawatan semasa latihan medan, public speaking, tugasan kajian military leadership, lawatan sambil belajar (dalam dan luar negara) dan majlis makan beradat.

BACAAN ASAS

ED10201 PALAPES DARAT II

Kursus ini merupakan lanjutan daripada PALAPES I yang bertujuan untuk melatih Pegawai Kadet PALAPES untuk mencapai tahap kecekapan Anggota Repal Kelas Dua (Second Class Rifleman). Antara aspek yang akan disentuh termasuklah asas kepada pengajian ketenteraan yang merangkumi taktik seperti peperangan konvensional dan peperangan melawan Insurgensi hingga peringkat platun, ilmu medan perang, membaca peta, organisasi ATM, semboyan,undang-undang tentera, akaun dan gaji, persuratan tentera dan pentadbiran; aspek latihan kemahiran ketenteraan seperti senjata (pengendalian senjata persendirian dan senjata bantuan) dan kawad (meliputi kawad kaki,senjata,tongkat dan pedang); aspek ketahanan fizikal yang merangkumi latihan asas jasmani, senaman perang, merentas halangan, merentas desa, ujian kecergasan asas (UKA), ujian kecergasan tempur (UKT), jalan lasak dan sukan; dan akhir sekali aspek kepimpinan yang merangkumi kepimpinan, sistem pemegang pangkat dalam organisasi pegawai kadet PALAPES, tugasan regimental, aktiviti sosial dan adat resam ketenteraan, sistem perjawatan semasa latihan medan, public speaking, tugasan kajian military leadership, lawatan sambil belajar (dalam dan luar negara) dan majlis makan beradat.

BACAAN ASAS

ED20301 PALAPES DARAT III

Kursus ini merupakan lanjutan daripada PALAPES II yang bertujuan untuk melatih kadet mencapai tahap keupayaan sebagai Ketua Seksyen (Section Commander). Antara aspek yang akan disentuh termasuklah pengajian ketenteraan yang merangkumi taktik seperti peperangan konvensional dan peperangan melawan Insurgensi hingga peringkat platun, ilmu medan perang, membaca peta, organisasi ATM, semboyan,undang-undang tentera, akaun dan gaji, persuratan tentera dan pentadbiran; aspek latihan kemahiran ketenteraan seperti senjata (pengendalian senjata persendirian dan senjata bantuan) dan kawad (meliputi kawad kaki,senjata,tongkat dan pedang); aspek ketahanan fizikal yang merangkumi latihan asas jasmani, senaman perang, merentas halangan, merentas desa, ujian kecergasan asas (UKA), ujian kecergasan tempur (UKT), jalan lasak dan sukan; dan akhir sekali aspek kepimpinan yang merangkumi kepimpinan, sistem pemegang pangkat dalam organisasi pegawai kadet PALAPES, tugasan regimental, aktiviti sosial dan adat resam ketenteraan, sistem perjawatan semasa latihan medan, public speaking, dan tugasan kajian military leadership.

ED 20401 PALAPES DARAT IV

Kursus ini merupakan lanjutan daripada PALAPES III yang bertujuan untuk melatih pegawai kadet mencapai tahap keupayaan sebagai Ketua Seksyen (Section Commander). Antara aspek yang akan disentuh termasuklah taktik peperangan konvensional dan peperangan melawan Insurgensi hingga peringkat platun, ilmu medan perang, membaca peta, organisasi ATM, semboyan,undang-undang tentera, akaun dan gaji, persuratan tentera dan pentadbiran; aspek latihan kemahiran ketenteraan seperti senjata (pengendalian senjata persendirian dan senjata bantuan) dan kawad (meliputi kawad kaki,senjata,tongkat dan pedang); aspek ketahanan fizikal yang merangkumi latihan asas jasmani, senaman perang, merentas halangan, merentas desa, ujian kecergasan asas (UKA), ujian kecergasan tempur (UKT), jalan lasak dan sukan; dan akhir sekali aspek kepimpinan yang merangkumi kepimpinan, sistem pemegang pangkat dalam organisasi pegawai kadet PALAPES, tugasan regimental, aktiviti sosial dan adat resam ketenteraan, sistem perjawatan semasa latihan medan, public speaking dan tugasan kajian military leadership.

BACAAN ASAS

ED 30501 PALAPES DARAT V

Kursus ini merupakan lanjutan daripada PALAPES IV yang bertujuan untuk melatih Pegawai Kadet PALAPES mencapai tahap keupayaan sebagai pegawai muda berpangkat Leftenan Muda dan berupaya memimpin platun sebagai Ketua Platun Infantri atau setaraf. Antara aspek yang akan disentuh termasuklah asas kepada pengajian ketenteraan yang merangkumi taktik seperti peperangan konvensional dan peperangan melawan Insurgensi hingga peringkat platun, ilmu medan perang, membaca peta, organisasi ATM, semboyan,undang-undang tentera, akaun dan gaji, persuratan tentera dan pentadbiran; aspek latihan kemahiran ketenteraan seperti senjata (pengendalian senjata persendirian dan senjata bantuan) dan kawad (meliputi kawad kaki,senjata,tongkat dan pedang); aspek ketahanan fizikal yang merangkumi latihan asas jasmani, senaman perang, merentas halangan, merentas desa, ujian kecergasan asas (UKA), ujian kecergasan tempur (UKT), jalan lasak dan sukan; dan akhir sekali aspek kepimpinan yang merangkumi kepimpinan, sistem pemegang pangkat dalam organisasi pegawai kadet PALAPES, tugasan regimental, aktiviti sosial dan adat resam ketenteraan, sistem perjawatan semasa latihan medan, public speaking, tugasan kajian military leadership, lawatan sambil belajar (dalam dan luar negara) dan majlis makan beradat.

BACAAN ASAS

ED30601 PALAPES DARAT VI

Kursus ini merupakan lanjutan daripada PALAPES V yang bertujuan untuk melatih Pegawai Kadet PALAPES mencapai tahap keupayaan sebagai pegawai muda berpangkat Leftenan Muda dan berupaya memimpin platun sebagai Ketua Platun Infantri atau setaraf. Antara aspek yang akan disentuh termasuklah taktik seperti peperangan konvensional dan peperangan melawan Insurgensi hingga peringkat platun, ilmu medan perang, membaca peta, organisasi ATM, semboyan,undang-undang tentera, akaun dan gaji, persuratan tentera dan pentadbiran; aspek latihan kemahiran ketenteraan seperti senjata (pengendalian senjata persendirian dan senjata bantuan) dan kawad (meliputi kawad kaki,senjata,tongkat dan pedang); aspek ketahanan fizikal yang merangkumi latihan asas jasmani, senaman perang, merentas halangan, merentas desa, ujian kecergasan asas (uka), ujian kecergasan tempur (ukt), jalan lasak dan sukan; dan akhir sekali aspek kepimpinan yang merangkumi kepimpinan, sistem pemegang pangkat dalam organisasi pegawai kadet PALAPES, tugasan regimental, aktiviti sosial dan adat resam ketenteraan, sistem perjawatan semasa latihan medan, public speaking, tugasan kajian military leadership, lawatan sambil belajar (dalam dan luar negara) dan majlis makan beradat.

BACAAN ASAS

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN UDARA

EU 10101 PALAPES UDARA I

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar asas dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Antara aspek yang akan disentuh dalam kursus ini termasuklah silibus kursus, sejarah dan latar belakang TUDM, organisasi dan pentadbiran, pakaian seragam dan pangkat dan lain-lain lagi. Dalam kursus ini juga akan mula mendedahkan pelajar kepada asas latihan ketenteraan yang merangkumi kawad, teori dan amali serta kehidupan dalam pangkalan.

BACAAN ASAS

EU 10201 PALAPES UDARA II

Kursus ini adalah kesinambungan daripada kursus PALAPES UDARA I dengan memberi penekanan penuh kepada asas latihan kawad, teori dan amali. Dalam kursus ini juga akan melatih pelajar untuk mengubah sikap dan pemikiran daripada seorang awam kepada seorang anggota tentera yang terlatih.

BACAAN ASAS

EU 20301 PALAPES UDARA III

Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus PALAPES UDARA II. Selain kawad, teori dan amali, pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip kepimpinan, pentadbiran, perancangan dan perlaksanaan latihan berkumpulan.

BACAAN ASAS

EU 20401 PALAPES UDARA IV

Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus PALAPES UDARA III. Kursus ini akan memberi penekanan kepada kemahiran kecekapan dalam pengendalian senjata, pembentukan akhlak dan jati diri serta pengetahuan dalam aspek protokol ketenteraan. Pelajar juga akan diuji dalam bentuk teori dan praktikal bagi melayakan mereka keperingkat seterusnya.

BACAAN ASAS

EU30501 PALAPES UDARA V

Kursus ini merupakan kesenimbungan daripada kursus PALAPES IV. Dalam kursus ini, pelajar akan dilatih menjadi seorang ketua, pemimpin kumpulan dalam segala urusan latihan, pentadbiran dan sosial dengan memberi penekanan kepada latihan praktikal bagi menguji tahap kemmmpuan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di peringkat III dan IV lalu.

BACAAN ASAS

EU 30601 PALAPES UDARA VI

Kursus ini merupakan peringkat terakhir bagi melayakkan pelajar menamatkan kursus PALAPES UDARA. Kursus ini akan menekankan kepada aspek pengurusan dan kepimpinan sebagai seorang Pegawai Kadet. Dalam kursus ini juga, pelajar akan dinilai dan diberi sokongan untuk ditauliahkan dalam Upacara Pentauliahan dan Penanugerahan Watikah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

BACAAN ASAS

KOR SUKARELAWAN SISWA POLIS (SUKSIS)

Kursus Kor Sukarelawan Siswa Polis (SUKSIS) memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang pasukan Polis Diraja Malaysia. Pelajar diterangkan tentang ilmu dan latihan berkaitan dengan polis. Antara latihan yang diberikan kepada pelajar termasuklah latihan kawad, senjata, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan dan juga lawatan. Selain itu, latihan akademik juga diberikan yang melibatkan undang-undang, bina diri dan kenegaraan. Latihan bagi kursus SUKSIS dijalankan dalam tempoh tiga (3) tahun atau enam (6) semester iaitu pada hari sabtu dan juga cuti semester.Selepas menamatkan enam (6) semester, pelajar akan ditauliahkan sebagai ASP (Assistant Commissioner Police) dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia.

LATIHAN

Latihan bagi pelajar yang mengikuti kursus SUKSIS ini dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih dari Pasukan Polis Diraja Malaysia dan dijalankan dalam tempoh tiga (3) tahun atau enam (6) semester. Keseluruhan latihan melibatkan 930 waktu dan pecahan latihan adalah 480 jam waktu satu semester dan 450 jam setiap sabtu.

EP10101 SUKSIS I

Kursus Kor Sukarelawan Siswa Polis (SUKSIS) ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang Polis Diraja Malaysia. Pelajar akan diterangkan tentang ilmu dan latihan berkaitan dengan polis. Antara latihan yang akan diberikan kepada pelajar termasuklah latihan kawad, senjata and latihan menembak, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan dan juga lawatan. Selain itu, latihan akademik juga akan diberikan yang melibatkan undang-undang, bina diri dan kenegaraan. Latihan bagi pelajar yang mengikuti kursus SUKSIS ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih dari Pasukan Polis Diraja Malaysia.

BACAAN ASAS

EP10201 SUKSIS II

Kursus ini merupakan kesenimbungan daripada kursus SUKSIS I. Dalam kursus ini, pendedahan dan pengetahuan tentang Polis Diraja Malaysia akan diberi kepada pelajar. Pelajar akan diterangkan tentang ilmu dan latihan berkaitan dengan polis. Antara latihan yang akan diberikan kepada pelajar termasuklah latihan kawad, senjata and latihan menembak, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan dan juga lawatan. Selain itu, latihan akademik juga akan diberikan yang melibatkan undang-undang, bina diri dan kenegaraan. Latihan bagi pelajar yang mengikuti kursus SUKSIS ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih dari Pasukan Polis Diraja Malaysia.

BACAAN ASAS

EP20301 SUKSIS III

Kursus ini merupakan kesenimbungan daripada kursus SUKSIS II. Dalam kursus ini, pelajar terus di beri pendedahan dan pengetahuan tentang Polis Diraja Malaysia. Pelajar akan diterangkan tentang ilmu dan latihan berkaitan dengan polis. Antara latihan yang akan diberikan kepada pelajar termasuklah latihan kawad, senjata and latihan menembak, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan dan juga lawatan. Selain itu, latihan akademik juga akan diberikan yang melibatkan undang-undang, bina diri dan kenegaraan. Latihan bagi pelajar yang mengikuti kursus SUKSIS ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih dari Pasukan Polis Diraja Malaysia.

BACAAN ASAS

EP20401 SUKSIS IV

Kursus ini merupakan kesenimbungan daripada kursus SUKSIS III. Dalam kursus ini, pendedahan dan pengetahuan tentang Polis Diraja Malaysia akan diberi kepada pelajar. Pelajar akan diterangkan tentang ilmu dan latihan berkaitan dengan polis. Antara latihan yang akan diberikan kepada pelajar termasuklah latihan kawad, senjata and latihan menembak, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan dan juga lawatan. Selain itu, latihan akademik juga akan diberikan yang melibatkan undang-undang, bina diri dan kenegaraan. Latihan bagi pelajar yang mengikuti kursus SUKSIS ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih dari Pasukan Polis Diraja Malaysia.

BACAAN ASAS

EP30501 SUKSIS V

Kursus ini merupakan kesenimbungan daripada kursus SUKSIS IV. Dalam kursus ini, pendedahan dan pengetahuan tentang Polis Diraja Malaysia akan diberi kepada pelajar. Pelajar akan diterangkan tentang ilmu dan latihan berkaitan dengan polis. Antara latihan yang akan diberikan kepada pelajar termasuklah latihan kawad, senjata and latihan menembak, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan dan juga lawatan. Selain itu, latihan akademik juga akan diberikan yang melibatkan undang-undang, bina diri dan kenegaraan. Latihan bagi pelajar yang mengikuti kursus SUKSIS ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih dari Pasukan Polis Diraja Malaysia Struktur Kursus Pengajian Prasiswazah 2008/2009 Universiti Malaysia Sabah 535.

BACAAN ASAS

EP30601 SUKSIS VI

Kursus ini merupakan peringkat terakhir bagi melayakan pelajar menamatkan kursus SUKSIS . Dalam kursus ini, pendedahan dan pengetahuan tentang Polis Diraja Malaysia akan diberi kepada pelajar. Pelajar akan diterangkan tentang ilmu dan latihan berkaitan dengan polis. Antara latihan yang akan diberikan kepada pelajar termasuklah latihan kawad, senjata and latihan menembak, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan dan juga lawatan. Selain itu, latihan akademik juga akan diberikan yang melibatkan undangundang, bina diri dan kenegaraan. Latihan bagi pelajar yang mengikuti kursus SUKSIS ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih dari Pasukan Polis Diraja Malaysia. Pada akhir kursus ini, pelajar akan ditauliahkan sebagai ASP (Assistant Commissioner Police) dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia.

BACAAN ASAS

SISWA JATIDIRI UMS (UMS SEJATI)

EJ 10101 UMS SEJATI I

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar asas pembentukan jatidiri bangsa Malaysia termasuk pembinaan karakter, kenegaraan dan patroitisme, etika dan moral; pengetahuan (kognitif) dan kemahiran fizikal (psikomotor) dan afektif mengikut komponen masing-masing iaitu bencana alam, brassband, paramedik dan pertahanan awam yang merangkumi pelbagai kemahiran asas seperti pengendalian operasi dan menyelamat, bantuan paramedik, pemindahan dan kebajikan mangsa; latihan instrumen dan disilpin kawad kaki. Dalam kursus ini juga akan menerapkan beberapa elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang bersifat generik seperti kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, semangat kerja berpasukan, professional dan berjiwa Malaysia.

BACAAN ASAS

EJ 10201 UMS SEJATI II

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar asas kepimpinan termasuk hubungan interpersonal, pengurusan masa, keorganisasian, dasar-dasar kerajaan dan pentadbiran awam; pengetahuan (kognitif) dan kemahiran fizikal (psikomotor), afektif dan sosial mengikut komponen masing-masing iaitu bencana alam, brassband, paramedik dan pertahanan awam yang merangkumi pelbagai kemahiran dalam pengendalian operasi dan menyelamat, bantuan paramedik, pemindahan dan kebajikan mangsa; latihan instrumen dan disilpin kawad kaki. Dalam kursus ini juga akan menerapkan beberapa elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang bersifat generik seperti kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, semangat kerja berpasukan, professional, dan berjiwa pemimpin negara.

BACAAN ASAS

EJ 20301 UMS SEJATI III

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar asas kemasyarakatan termasuk khidmat komuniti; akulturasi, amalgamasi, asimilasi kebudayaan dan toleransi etnik; pengetahuan (kognitif) dan kemahiran fizikal (psikomotor), afektif dan sosial mengikut komponen masing-masing iaitu bencana alam, brassband, paramedik dan pertahanan awam yang merangkumi pelbagai kemahiran dalam pengendalian operasi dan menyelamat, bantuan paramedik, pemindahan dan kebajikan mangsa; latihan instrumen dan disilpin kawad kaki. Dalam kursus ini juga akan menerapkan beberapa elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang bersifat generik seperti kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, semangat kerja berpasukan, professional, beretika, dan berjiwa rakyat.

BACAAN ASAS

EJ 20401 UMS SEJATI IV

Kursus ini akan memberi menekankan kepada aspek penakkulan kualitatif ilmu pengetahuan (kognitif) dan penakkulan kuantatif kemahiran fizikal (psikomotor) yang telah dipelajari diperingkat asas UMS SEJATI I,II dan III ke dalam komponen masing-masing iaitu bencana alam, brassband, paramedik dan pertahanan awam yang merangkumi pelbagai kemahiran tambahan dalam pengendalian operasi dan menyelamat, bantuan paramedik, pemindahan dan kebajikan mangsa; latihan instrumen dan disilpin kawad kaki. Dalam kursus ini juga akan menerapkan beberapa elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang bersifat generik seperti kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, semangat kerja berpasukan, professional, beretika, dan berjiwa rakyat.

BACAAN ASAS

EJ 30501 UMS SEJATI V

Kursus ini akan menekankan kepada aspek pengaplikasian dan kompetensi diri berhubung ilmu pengetahuan (kognitif) dan kemahiran fizikal (psikomotor) yang telah dipelajari diperingkat asas UMS SEJATI IV ke dalam komponen masing-masing iaitu bencana alam, brassband, paramedik dan pertahanan awam yang merangkumi pelbagai kemahiran tambahan dalam pengendalian operasi dan menyelamat, bantuan paramedik, pemindahan dan kebajikan mangsa; latihan instrumen dan disilpin kawad kaki. Dalam kursus ini juga akan menerapkan beberapa elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang bersifat generik seperti kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, semangat kerja berpasukan, professional, beretika, dan berjiwa rakyat.

BACAAN ASAS

EJ 30601 UMS SEJATI VI

Kursus ini akan mengkoordinasikan semua aspek ilmu pengetahuan (kognitif) dan kemahiran fizikal (psikomotor) dan kawad yang telah dipelajari bermula dari UMS SEJATI I hingga V, penilaian tahap kompetensi melalui kursus kepegawaian mengikut komponen masing-masing dan pentadbiran pentauliahan. Dalam kursus ini juga akan menerapkan beberapa elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang bersifat generik seperti kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, semangat kerja berpasukan, professional, beretika dan bermoral, berdisiplin dan seimbang dari semua aspek JERI.

BACAAN ASAS