Cetak

EB 00103 PROJEK TANI

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknologi penanaman sayuran daripada peringkat permulaan hingga ke peringkat penuaian serta pemasaran. Pengetahuan secara teori akan disampaikan secara kulliah merangkumi aspek-aspek termasuk penyediaan tanah, penyediaan tapak semaian, pembentukan dan penjagaan nurseri, teknik pengubahan anak-anak pokok, pengkomposan, pembajaan, perlindungan tanaman, amalan agronomi, teknik merumput, pemancangan dan cantasan. Pelajar juga dilatih melaksanakan projek di lapangan dalam situasi komersial. Di sini pelajar akan mengendalikan perusahaan penanaman sayuran bersama dengan petani-petani di kawasan mereka secara berkelompok meliputi proses pengeluaran sayuran, penuaian, penjualan dan pulangannya di pasaran. Kursus ini akan memberi keyakinan kepada para pelajar tentang perusahaan penanaman sayuran secara sistematik dalam menyediakan pelajar mencebur diri dalam kidang usahawan tani.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

EB 00203 PROJEK SAINS MAKANAN

Kursus ini akan memberikan pengetahuan dan mendedahkan pelajar terhadap asas Sains makanan melalui aspek teori dan amali. Pelajar akan diterangkan asas kimia makanan dan kaedah asas yang digunakan dalam memasak pelbagai jenis makanan seperti masakan daging, ayam dan ikan, sayur-sayuran, bijirin dan hasil bakeri. Kebersihan diri juga akan ditekankan selain dari sanitasi dan keselamatan yang berkait dengan penyediaan dan makanan yang telah dimasak. Peralatan yang bersesuaian dalam penyediaan masakan juga akan diterangkan dan ditunjukkan kepada para pelajar. Kursus ini akan memberi keyakinan kepada para pelajar tentang perusahaan pengeluaran produk makanan secara sistematik dalam menyediakan pelajar mencebur diri dalam keusahawan sains makanan.

BACAAN ASAS

EB 00303 BAIK PULIH ELEKTRONIK

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar berhubung dengan alatan elektronik termasuklah proses-proses membaik pulih. Di dalam kursus ini pelajar akan diterangkan tentang jenis-jenis alat elektronik, komponen-komponen dalam alat, prinsip-prinsip elektronik, kegunaan setiap alat elektronik dan juga cara yang betul dan selamat dalam membaik pulih setiap alat elektronik yang terpilih. Kursus ini merangkumi kelas teori dan amali yang bertujuan memberi kefahaman tentang membaik pulih alat elektronik.

BACAAN ASAS

EB 00403 PENYELENGGARAAN KOMPUTER DAN RANGKAIAN

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan perkara-perkara utama yang berkaitan dengan penyelenggaraan komputer dan juga rangkaian komputer. Ia akan meliputi beberapa perkara iaitu perisian dan perkakasan, komputer dan penyelenggaraan kerosakan. pelajar dapat memahami konsep penting dalam penyelenggaraan komputer dan rangkaian dan berkeyakinan untuk melaksanakan tugas penyelenggaraan tersebut.

BACAAN ASAS

 EB 00503 ASAS PENANAMAN TANAMAN HIASAN DAN LANSKAP

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada segala aspek penanaman tanaman hiasan dan landskap. Antara kandungan pembelajaran adalah kepentingan tanaman hiasan dan landskap, aktiviti-aktiviti utama perlandskapan, fungsi-fungsinya, medium penanaman, cara-cara pembiakan, bahan-bahan penanaman, cara-cara penanaman yang betul dan penjagaan selepas menanam. Pelajar juga didedahkan kepada aspek-aspek untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi oleh perusahaan perlandskapan.

BACAAN ASAS

EB 00603 KEMAHIRAN PENCARIAN MAKLUMAT

Kursus ini dilaksanakan bagi melatih dan mendedahkan pelajar kepada konsep pencarian dan capaian maklumat. Pelajar didedahkan kepada peranan, struktur dan organisasi perpustakaan. Penekanan akan diberikan kepada pencarian dan capaian maklumat melalui sumber rujukan dalam bentuk bercetak, elektronik dan digital. Bagi memantapkan lagi pemahaman kursus ini, pelajar akna menjalani latihan amali di perpustakaan. Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar dalam kursus ini dapat membantu pelajar menggunakan sumber maklumat yang bersesuaian dengan lebih berkesan.

BACAAN ASAS

EB 00703 PENGENALAN KEPADA KAMERA

Kursus pengenalan kepada kamera merupakan kursus mengenai produksi Kamera Tunggal atau Single Camera Production yang bertujuan mendedahkan para pelajar aspek-aspek kamera dan penggunaannya dalam bidang pengumpulan maklumat secara elektronik. Kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada beberapa aspek kepentingan teori dalam perkembangan bidang komunikasi, khususnya kamera video. Sebagai alat komunikasi yang canggih, penggunaanya dalam menghasilkan sesuatu penerbitan rancangan, khususnya penerbitan TV dalam bentuk Single Camera Action, amat lazim digunakan pada masa kini. Melalui kursus ini para pelajar akan dilatih menggunakan kamera secara amali di lokasi. Pada akhir kursus, dijangkakan pelajar akan dapat menghasilkan sebuah terbitan yang boleh disiarkan melalui TV.

BACAAN ASAS

EB 00903 SENI ANIMASI

Kursus ini memperkenalkan teknik pembinaan animasi multimedia secara interaktif. Aspek komunikasi 2D dan 3D sni Visual mengikut disiplin seni grafik diutamakan. Peranaan kesan bunyi, kesan cahaya dan disiplin typografi digital (character typo). Program yang dicadangkan adalah:

i. Microsoft Power Point

ii. Gif Animator

iii. Photoshop 5.5

iv. Sound Forge 4

BACAAN ASAS

EB 01103 BINA URUS KOMPUTER

Kursus ini memberi pendedahan terkini mengenai dunia teknologi maklumat. Ia akan

memberi penekanan kepada proses bagaimana pemasangan komputer. Sebagai peringkat permulaan pelajar akan diperkenalkan dengan alat-alat perkakasan seperti kelas perkakasan, model teknologi dan lain-lain lagi. Pelajar juga diperkenalkan dengan perisian seperti seperti tujuan, pengelasan perisian dan struktur asas.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

EB 01203 PEMBUATAN MENGGUNAKAN GENTIAN KACA

Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada teori dalam penggunaan gentian kaca, bahan-bahan yang digunakan dlam gentian kaca, kaedah dan teknik-teknik penggunaan, kegunaan dalam pelbagai bidang, penjagaan dan keselamatan dalam penggunaan gentian kaca, rekabentuk produk dan ujian produk gentian kaca dan lain-lain yang berkaitan dengan gentian kaca.

BACAAN ASAS

EB 01203 TEKNOLOGI HIDROPONIK

Kursus ini mengenai aspek-aspek teori dan amali tentang teknologi hidroponik yang boleh dikomersialisasikan. Pelajar didedahkan kepada segala aspek hidroponik terkini dalam bentuk kuliah dan amali. Unsur-unsur penting dalam penanaman hidroponik yang diajar termasuk fedah-faedah penanaman hidroponik, makanan tumbuhan dan formulasi larutan nutrien, medium pertumbuhan, sistem operasi hidroponik dan jenis-jenis kulturnya, teknik-teknik penjagaan tumbuhan serta pengurusan penyakit dan perosak tumbuhan. Pelajar juga diajar tentang penanaman sayuran menggunakan sistem hidroponik tanpa pengedar dan boleh bimbit atau mudah alih serta aspek-aspek penjagaan dan pengasuhan yang rapi.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

EB 01303 ASAS MEKANIK AUTO

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan amali kepada pelajar mengenai asas mekanik auto, peralatan, keperluan bengkel, etika kerja dan pengetahuan asas mekanik auto. Kursus praktikal pula meliputi pengurusan bengkel, membuka dan melakukan servis enjin, memasang dan memulih enjin.

BACAAN ASAS