Cetak

EK 00103 INTERIM (INTERAKSI INSTITUSI DAN MASYARAKAT)

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dua hala dengan kelompok sosial tertentu serta mengalami beberapa situasi sosial secara langsung dengan kelompok masyarakat tertentu misalnya instituís rumah anak-anak yatim, rumah warga emas. Pusat-pusat pemulihan dan juga institusi belia dalam sesebuah sistem komuniti. Pelajar didedahkan dengan metode berinteraksi dan komunikasi dengan komuniti tersebut serta berpatisipasi secara integratif dalam projek-projek kemasyarakatan.

BACAAN ASAS

EK 00203 PENGURUSAN ORGANISASI PELAJAR

Kursus ini lebih melatih pelajar bagaimana merancang dan melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti tertentu. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teori dan gaya pengurusan organisasi yang merangkumi pelbagai aspek seperti kepimpinan, pengurusan personal, pengurusan kewangan dan pemasaran. Dalam kursus ini pelajar akan dilatih bagaimana hendak menyediakan sebuah kertas kerja yang baik, kemas dan menarik, kemahiran mengendalikan mesyuarat dan teknik pembentangan kertas kerja yang efisien. Diakhir kursus pelajar akan menjalankan projek yang dirancangkan bagi merealisasikan cadangan program di lapangan secara kerja berpasukan.

BACAAN ASAS

EK 00303 KEPIMPINAN DAN MOTIVASI (BAKTI SISWA)

Kursus ini akan mendedahkan pelajar dengan asas-asas dan teori kepimpinan dan

organisasi. Pelajar juga berpeluang untuk mempelajari teknik komunikasi yang betul dengan masyarakat sekeliling dan juga teknik dalam membuat sesuatu keputusan. Di akhir pengajaran, pelajar akan membuat satu projek bersama masyarakat desa dan ini akan menguji kemahiran pelajar dalam mengendalikan mesyuarat, membuat keputusan, menjalankan peranan mengikut jawatan yang diberikan, membuat kertas kerja dan juga melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan.

BACAAN ASAS

EK 00403 PENGURUSAN MASJID DAN JENAZAH

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai fungsi sebenar Masjid dalam Islam dan kepentingannya sebagai sebuah institusi yang berkesan menjaga dan memelihara syiar Islam. Pelajar juga akan mempelajari sejarah masjid-masjid utama di dunia (seperti Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjid Nabawi), cara pengurusan masjid yang berkesan, pengurusan dakwah melalui masjid, bidang kuasa Jabatan Agama Islam setiap negeri, bidang tugas pegawai-pegawai masjid, pengurusan khutbah jumaat sebagai medium dakwah yang berkesan, perancangan aktiviti masjid dan memaksimakan peranan masjid dalam menyalurkan khidmat kepada masyarakat. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan pengurusan jenazah sebagai persediaan untuk menyelenggarakan jenazah bermula selepas berlakunya kematian sehinggalah jenazah dikebumikan. Ini termasuklah memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah.

BACAAN ASAS

KERTAS KERJA

EK 00503 PROMOSI KESIHATAN

Kursus ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk memberikan khidmat kesihatan pada masyarakat yang memerlukan terutama masyarakat desa, miskin, serba kekurangan dan dalam penderitaan seperti masyarakat orang asli, masyarakat pendalaman, mangsa perang, banjir dan sebagainya, sama ada di dalam atau luar negara. Pelajar digalakkan membentuk kumpulan dan mengikut misi bantuan atau program outreach oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk mempelajari dan mendekati masyarakat ini serta mempromosi kesihatan yang baik. Program ini akan dijalankan semasa cuti semester selama dua minggu dan diselia oleh seorang pensyarah dari Sekolah Perubatan.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

EK 00603 KEMAHIRAN SENI ORATOR

Kemahiran Seni Orator adalah satu kursus ko-kurikulum berteraskan kepada kegiatan-kegiatan bercorak pengucapan. Kursus ini akan menerapkan kemahiran berfikir dan teknik memacu minda untuk berimaginasi, serta mencanai ilham secara spontan. Bagi meluaskan skop kursus ini dan menjadikannya padat serta dinamik (sesuai dengan sifatnya sebagai suatu kursus kokurkulum), maka, aspek pengurusan turut diselitkan. Sebahagian intipati kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada prosedur pengurusan aktiviti-aktiviti bercorak seni pengucapan (misalnya, pertandingan debat, forum, pidato, puisi, pantun).

BACAAN ASAS

EK 00703 PIDATO

Kursus ini akan memberikan para pelajar pendedahan dan pengetahuan berkenaan teknik-teknik komunikasi yang efektif digunakan sama ada untuk kegunaan seharian dan juga pidato. Pelajar akan diajarkan tentang gaya-gaya bahasa dan juga cara pemilihan isi yang bersesuaian digunakan dalam pidato. Dalam kelas, pelajar akan dibiasakan untuk bercakap, membina keyakinan diri dan bijak dalam penggunaan ayat untuk menyampaikan maksud tertentu. Kursus ini meliputi teori dan amali untuk memberikan kefahaman dan di akhir kursus pelajar akan diuji dengan menyampaikan pidato mengikut tajuk-tajuk tertentu yang diberikan.

BACAAN ASAS