Sinopsis komponen Sukan dan Rekreasi

ES 00103 BADMINTON

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan badminton. Kursus teori meliputi aspek-aspek persejarahan dan latarbelakang permainan, keperluan permainan, peralatan, gelanggang, pakaian, undang-undang permainan, asas sains sukan dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meliputi etika disiplin diri, kehadiran, latihan, permainan, pengurusan pertandingan, pengadilan dan kemahiran asas serta teknik.

BACAAN ASAS

  • Eskay Shazryl and Hanks, J. (1994). Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Leonard A de Vries, 1997. Reading Sport Science Level 1 (Lem. Kejurulatihan Keb. Malaysia).

MONOGRAF

  • Mohar Kassim; Buku Sumber Sains Sukan (Tahap Asas), Ins. Sukan Negara.
  • Persatuan Badminton Malaysia (BAM); Undang-Undang Badminton.
  • Coach’s Manual; Badminton Association of Malaysia.

ES 00203 BOLA JARING

Kursus ini akan memperkenalkan kepada pelajar asas-asas dalam sukan bola jaring dari segi sejarah, teori dan praktikal. Pelajar akan didedahkan tentang undang-undang kepengadilan dan kemahiran-kemahiran asas permainan ini iaitu membaling, menerima, menjaring dan sebagainya.Turut diperkenalkan ialah kepegawaian dalam sukan ini seperti pencatat skor dan penjaga masa. Bagi memperluaskan lagi pendedahan, pelajar akan diperlihatkan tayangan video permainan bola jaring peringkat dunia. Pelajar juga akan turut diberikan pendedahan langsung dalam permainan dengan mengadakan perlawanan persahabatan sama ada di dalam atau pun di luar kampus.

 BACAAN ASAS

  • Aminah Mohd. Salleh. 2001.Siri Sukan Popular, Bola Jaring. Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur:
  • Helen Ten. 1997. Teknik Pengadilan Sukan Gelanggang. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

MONOGRAF

  • Persatuan Bola Jaring Malaysia.Undang-undang Bola Jaring IFNA.
  • Persatuan Bola Jaring Malaysia.Buku undang-undang rasmi Bola Jaring pindaan 1997.
  • Helena Tan. Sukan Bola Jaring (permainan gelanggang).

ES 00303 BOLA KERANJANG

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar kemahiran-kemahiran asas dan kaedah-kaedah permainan bola keranjang serta peraturan-peraturan baru dalam permainan bola keranjang. Kursus ini meliputi teori dan amali khususnya yang berhubung dengan gelanggang permainan, peralatan, pengadil dan kepengadilan, kaedah mendapat mata, peraturan permainan, kemahiran-kemahiran asas dan kejurulatihan. Pada akhir kursus ini, sijil kelulusan kursus akan diberikan berdasarkan keputusan ujian teori dan ujian praktikal/amali yang dikendalikan oleh jurulatih sendiri.

BACAAN ASAS

  • Jain, N. 2007. Play and Learn Basketball. KSK Publisher
  • Seaton. 2001. Physical Education Handbook (1969, 5th Edition). Prentice-Hall, Inc. New Jersey.
  • Asian Basketball Confederation and Malaysia Basketball Association. (1998).

ABC/MABA/PETRONAS Basketball Advance Coaching Course.

  • Coaches Committee. (1996). Coaches Manual Basketball Coaching Course Level 1, (1st Ed.). Malaysia Basketball Association, Kuala Lumpur.

 ES 00403 BOLA SEPAK

Kursus ini mendedahkan pelajar mengenai sejarah bola sepak, keperluan asas permainan seperti peralatan dan padang permainan. Selain itu, pelajar akan didedahkan dengan undang-undang bolasepak dan teknik-teknik bermain seperti mengelecek, kawalan, hantaran bola, tandukan dan jaringan gol. Pelajar juga akan didedahkan dengan asas kejurulatihan dan kepengadilan.

 RUJUKAN

  • Helen Ten Hong Beng. 1992. Pengelolaan Dan Pengurusan Pertandingan Sukan. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
  • Fouze H.A. 1989. Panduan Pengelolaan Sukan dan Permainan. Siri Maju Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
  • John Bill. 1990. Organizing Successful Tournament. Leisure Press, Illionis.

MONOGRAF

  • Asas Bermain Bola Sepak. Penerbitan Fajar Bakti. (1990).
  • Courses of Brazilian Football for Foreign Coaches, Brazilian Football Academy. (1998).

ES 00503 BOLA TAMPAR

Kursus ini memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kaedah dan kemahiran dalam sukan bola tampar. Kursus ini meliputi teori dan amali khususnya yang berhubung dengan teknik permainan, peralatan, pengadil dan kepengadilan, kaedah skor, peraturan permainan dan organisasi pertandingan.

BACAAN ASAS

  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Helen Tan dan M.P. Haridas. 1994. Panduan Mengajar Bola Tampar. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
  • Wee Eng Hoe. 1993. Bola Tampar, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
  • Wee Eng Hoe. 1996. Gerak Kerja Kokurikulum. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

MONOGRAF

  • Peraturan Rasmi Bola Tampar 1997-2000. (1996). FIVB.

ES 00603 BOLING (10 PIN)

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai teknik-teknik kemahiran dan strategi sukan boling (10 pin). Latihan kemahiran, kecerdasan fizikal, undang-undang dan peraturan , penganjuran dan pengelolaan, kejurulatihan serta kepengadilan dalam sukan ini merupakan aspek-aspek yang juga ditekankan. Kursus ini akan dikendalikan menerusi teori dan praktikal. Pelajar juga akan ditugaskan untuk membuat laporan akhir bagi menilai sebahagian daripada prestasi mereka.

 BACAAN ASAS

  • Don Franks, Edward. 1989. Fitness Facts. Leisure Press: Champaign II.
  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sports and Stress Theraphy; Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Pocock Tony (ed). 1995. The Offical Rules of Sport and Games. Hamlyn. London
  • Rex Hanzeldine. 1987. Fitness for Sports. The Crowood Pres. Reprinted.

EC 00703 BOLING PADANG

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada relajar mengenai teknik kemahiran dan strategi sukan boling padang. Kursus ini meliputi penjelasan definisi-definisi dalam sukan boling padang, ukuran green yang meliputi padang, ditch, bank, ukuran peralatan termasuk mal, jack, permainan berempat, penentuan permainan dalam pertandingan serta tugas-tugas pegawai sukan boling padang.

BACAAN ASAS

  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sports and Stress Theraphy; Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Pocock Tony (ed).1995. The Official Rules of Sport and Games. Hamlyn. London
  • Ramlay Ibrahim. 1997. Mengenali Permainan Lawn Bowls.Persatuan Lawn Bowls Malaysia
  • Rex Hanzeldine. 1987. Fitness for Sports. The Crowood Press. Reprinted.

MONOGRAF

  • Persatuan Lawn Bowls Malaysia. Undang-undang dan Peraturan

ES 00803 EQUESTRIAN

Kursua equestrian memperkenalkan para pelajar dengan kefahaman berkenaan dengan kuda secara lebih meluas. Pelajar akan diberikan kuliah berkenaan sejarah kuda, kaedah mengenali kuda, kesihatan dan pertolongan cemas untuk kuda, asas pemakanan dan pengurusan dan juga aktiviti yang melibatkan kuda. Dalam kelas praktikal, pelajar akan didedahkan dengan pengurusan kandang, perapian, minuman dan pemakanan untuk kuda. Pelajar juga kan diajar teknik untuk berinteraksi dengan kuda dan mempelajari teknik keselamatan dan kendalian kuda yang betul. Di akhir pengajaran pelajar akan dapat menaiki pelana dan menunggang kuda di persisiran pantai.

 BACAAN ASAS

  • Al Dunning, 1996. Reining: The Western Horseman, ARCO Publishing, Inc.
  • G.F Corley, 1982. Riding and Schooling the Western Performance Horse: ARCO Publishing, Inc.
  • George Morris, 1982.. Hunter seat Equitati. : Doubleday and Co. Inc.
  • Reiner Klimke, Jane Kidd. 2000. Basic Training of the Young Horse. Paperback Publishing, Inc.
  • Richard Schrake, 1987. Western Horsemanship: The Horseman, Inc.

ES 00903 GOLF

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan awal tentang teori dan praktikal sukan golf kepada pelajar. Kursus ini meliputi sejarah dan perkembangan golf, etika, peraturan dan undang-undang golf yang digariskan oleh Royal And Ancient Golf Club of St. Andrews dan United State Golf Association (USGA), peralatan yang digunakan, teknik-teknik asas bermain serta penganjuran pertandingan golf di samping bagaimana mengawal emosi dan strategi semasa bermain.

BACAAN ASAS

  • Campbell, M. (1996). Ultimate Golf Techniques: Imporve Your Game with the World’s

Greate Golfer. Dorling Kindersley, London.

  • Frank, W. Jobe, 1994. Exercise Guide to Better Golf. PGA Tour & SPGA Tour, Human.
  • Owen, D. dan Bunker, 1992. Advanced Golf: Steps to Success. Human Kinetics,

Champaign, USA.

  • Owen, D. dan Bunker, 1995. Golf: Steps to Success (2nd Edition). Human Kinetics,

Champaign, USA.

ES 01003 HOKI

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kaedah dan kemahiran di dalam sukan hoki. Kursus ini mengandungi teori dan praktikal, yang mana teori akan diadakan di dalam kelas dan praktikal diadakan di padang permainan. Kursus ini juga akan membolehkan pelajar mengetahui tentang teknik permainan hoki, penyediaan padang hoki, peralatan permainan, undang-undang permainan dan kepengadilan serta persediaan pemain sebelum pertandingan.

 BACAAN ASAS

  • Anita White. 1984. Hockey. Dorling Kindersly UK.
  • Brenda Rend. 1988. Better Hockey For Girls. Prentice Hall
  • Carl Ward. 1989. Play The Game – Hockey. Dorling Kindersly UK.
  • David Whitaker. 1992) . The Hockey Workshop – A complete game guide. Engelwood Cliffs.
  • Geoff Poel. 1972. Better Hockey For Boys. Prentice Hall

ES 01103 MEMANAH

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan teori dan amali kepada para pelajar mengenai teknik-teknik kemahiran sukan memanah. Kursus ini meliputi pengetahuan sasaran (target faces), kedudukan padang (range layout), persediaan dan pengetahuan peralatan memanah, jenis-jenis gaya memanah, pengawalan (control of shooting), sistem skor dan peraturan-peraturan yang berhubung dengan sukan memanah.

BACAAN ASAS

  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Haywood Kathleen M. 1989. Archery : Step to Success. Leisure Press.
  • James Ghay. 1978. The Biomechanics of Sports Techniques. Englewoods, Cliffs, New Jersey :
  • Pocock Tony (ed).1995. The Official Rules of Sport and Games. Hamlyn. London
  • Rex Hanzeldine. 1987. Fitness for Sports. The Crowood Press.

ES 01203 RENANG

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar teknik-teknik kemahiran yang berkaitan dengan sukan renang. Kursus ini meliputi pengenalan kepada jenis-jenis renang iaitu kuak bebas atau front crawl, kuak lentang, kuak dada dan kuak kupu-kupu. Pelajar-pelajar akan diajar mengenai teknik-teknik persediaan / persiapan termasuk latihan warm-up, kaedah renang serta peraturan-peraturan renang yang dipersetujui oleh FINA.

BACAAN ASAS

  • Counsilman, J. 1971. The Science of Swimming. Leisure Press : Campaign III.
  • Dick Hannula. 1995. Coaching Swimming Successfully. Leisure Press : Campaign III.
  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on Massage, Stretching and Strengthening. Eskay Ins., Oklahoma.
  • Rex Hanzeldine. 1987. Fitness for Sports. The Crowood Press.

MONOGRAF

  • Amateur Swimming Association. Anatomy and Physiology of Swimming

ES 01303 SELAM SKUBA

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran teknik asas selam skuba di laut. Pengajaran secara teori dan praktikal di kolam renang dan laut akan diadakan. Ini merangkumi pengenalan kepada sistem dan peralatan selam skuba, asas oseanografi fizikal dan penyesuaian tubuh badan manusia terhadap persekitaran akuatik, prosedur dan teknik menyelam, prosedur keselamatan di laut dan asas biologi pemuliharaan organisma marin. Setiap pelajar yang mengikuti kursus ini akan dinilai berterusan secara teori dan praktikal serta dimestikan menduduki ujian yang akan melayakkannya menjadi seorang penyelam skuba yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi anugerah Sijil PADI Openwater Diver.

BACAAN ASAS

  • Counsilman, J. 1971. The Science of Swimming. Leisure Press : Campaign III.
  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Nyoakken, J. W. 1997. Marine biology: an ecological approach. Addison-Educational Publishers Inc.
  • PADI. 1990. PADI Open Water Diver Manual. PADI, Santa Ana, California.
  • Rex Hanzeldine. 1987. Fitness for Sports. The Crowood Press.

ES 01403 SENAMROBIK

Kursus ini memperkenalkan kaedah mengajar dan mengendalikan senamrobik secara teratur dan sistematik melalui tiga (3) fasa iaitu ‘Fasa Memanaskan Badan dan Regangan’, ‘Fasa Aerobik dan Conditioning’ dan ‘Fasa Menyejukkan Badan dan Regangan’. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada penggunaan muzik yang betul, Learning Curve, Koreografi, Terminology dan teknik memberi arahan (Cueing). Kursus ini turut memberi pengetahuan asas tentang kaedah pengiraan kadar nadi bagi menentukan tahap kecergasan mengikut ‘Karvonen Formula’ yang diperkenalkan oelh The American College of Sport Medicine.

 BACAAN ASAS

  • Anderson B. 1980. Stretching. Shelter Publication : Bolines, CA.
  • Cooper, K. 1982. The Aerobics Program for Total Well-Being. Evans.
  • Lea and Febiger. 1992. Position Stand : The Recommended Quantity and Quality Exercise For Prescription. Philadelphia.

MONOGRAF

  • American College of Sports Medicine. (1990). Guidelines For Exercise Testing and Developing and Maintaining Cardirespiratory and Muscular Fitness in Healthy Adults. American Council on Exercise. Aerobics Instructor Manual.

ES 01503 LAWAN PEDANG

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan lawan pedang. Kursus teori meliputi aspek-aspek persejarahan dan latarbelakang permainan, keperluan permainan, peralatan, gelanggang, pakaian, undang-undang permainan, asas sains sukan dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meluputi etika disiplin diri, kehadiran, latihan, permainan, pengurusan perancangan, pengadilan dan kemahiran asas serta taktik.

BACAAN ASAS

  • Amberger, Christoph. 1997. The History of the Sword. The Crowood Press.
  • Orli, Ricj J. 1994. His True Art of Defense. Giacomo de Grasse.
  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.

MONOGRAF

  • Mohar Kassim: Buku Sumber Sains Sukan (Tahap Asas). Institut Sukan Negara.
  • De Varies. Leonard: Reading Sport Science Level 1 (Lem. Kejurulatihan Keb. Malaysia).

ES 01603 SEPAK TAKRAW

Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar tentang teknik-teknik dan kemahiran dalam sukan sepak takraw di samping mengekalkan warisan budaya bangsa. Kursus ini meliputi sejarah permainan, peraturan-peraturan teknikal, pengurusan pertandingan serta latihan amali. Pelajar-pelajar juga dikehendaki mengikuti kursus teori sains sukan dan terapi sukan.

 BACAAN ASAS

  • Ahmad Wafi Mohamad. 1996. Sepak Takraw. Fajar Bakti.
  • Eskay Shazryl. 1994. Sport & Stress Therapy. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Rex Hanzeldine. 1987. Fitness for Sports. The Crowood Press.

MONOGRAF

  • Rules of Sepak Takraw, International Sepak Takraw Federation. (1996).

ES 01703 SKUASY

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kaedah dan kemahiran dalam sukan skuasy. Kursus ini meliputi teori dan amali khususnya yang berhubung dengan gelanggang permainan, peralatan pengadil dan kepengadilan, kaedah skor, peraturan permainan, jenis-jenis pukulan(strokes), latihan fizikal dan ‘proficiency test’.

BACAAN ASAS

  • David Pearson. 2001. Skills of The game: Squash. Stanley Paul
  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sports and Stress Theraphy; Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Philip Yarrow. 1992. Squash: Steps to Success (Technique, Tactics, Traning). Stanley Paul

MONOGRAF

  • ‘IDEAS’ Program latihan oleh Squash Racquet Association Malaysia (SRAM)
  • Jahangir Khan. Squash Techniques and Tactics. Stanley Paul

ES 01803 SOFBOL

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai sukan sofbol. Kursus ini akan dikendalikan dalam bentuk teori dan juga amali. Dalam kelas teori pelajar akan diterangkan tentang sejarah permainan dan juga pengetahuan teknikal seperti permainan, kiraan mata, corak balingan dan pukulan, larian dan juga peraturan permainan. Dalam amali, pelajar akan ditunjukkan persediaan diri (Warm-Up), Kaedah bermain dan juga tugas-tugas pengadil dan pemain di atas padang.

BACAAN ASAS

  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sport and Stress Therapy: Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strenghthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Pocock Tony (ed). 1995. The Offical Rules of Sport and Games. Hamlyn. Lodon
  • Potter, Diane L. 1989. Teaching Softball: Step To Success. Leisure Press: Champaign III
  • Rex Hanzeldine. 1987. Fitness for Sports. The Crowood Pres.
  • Yong, Alan. 1995. Sofbol. Penerbit Fajar Bakti.

ES 01903 SUKAN BASIKAL

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan basikal. Kursus teori meliputi aspek-aspek persejarahan dan latarbelakang sukan basikal, keperluan dan peralatan, pakaian, peraturan dan undang-undang sukan basikal, asas sains sukan dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meliputi disiplin diri, kaedah dan latihan kemahiran berbasikal, pengurusan peralatan dan baik pulih, pengurusan pertandingan dan pengadilan, serta taktik dan teknik pertandingan.

BACAAN ASAS

  • Cermichael dan Burke. 1998. Fitness Cycling (Firmess Spectrum). The Crowood Press.
  • Jesen. Julie. 1996. Beginning Mountain Biking (Beginning Sports). Leisure Press: Champaign III

MONOGRAF

  • Mohar Kassim: Buku Sumber Sains Sukan (Tahap Asas). Institusi Sukan Negara.
  • Burns. R.D. 1997. BA Basic Guide to Cycling. (Offical US Olympic Committee Sports Series)
  • De Varies. Leonard: Reading Sports Science Level 1 (Lem. Kejurulatihan Keb. Malaysia)

ES 02003 SUKAN KENU

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan keno. Kursus teori meliputi aspek-aspek latar belakang permainan, keperluan asas sukan, peralatan peraturan sukan kenu, asas sains sukan dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meliputi etika disiplin diri, latihan kemahiran, pengurusan, pengendalian dan taktik sukan.

 BACAAN ASAS

  • Heed, Peter dan Dick Mansfield. 1996. Canoe Racing. The Crowood Press.
  • Bailie, Marcus. 1997. Canoeing & Kayaking : Techniques, Tactics, Traning. The Crowood Press.

MONOGRAF

  • De Vries, Leonard. Reading Sport Science Level 1. Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan Malaysia.
  • Hutchinson, Derek. Hutchinsonis Guide to Sea Kayaking.
  • Mohar Kassim. Buku Sumber Sains Sukan (Tahap Asas). Institut Sukan Negara.

ES 02103 SUKAN PERAHU

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan perahu. Kursus teori ini meliputi latar belakang dan perkembangan sukan perahu, peralatan sukan, peraturan sukan untuk latihan dan pertandingan, asas sains dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meliputi latihan kemahiran, latihan pertandingan dan taktik sukan, pengurusan pertandingan dan kepengadilan.

BACAAN ASAS

  • Laumanu, Silken. (1998). Rowing. Halland and Clark Ltd. London.
  • Lewis, Bard. (1998). Wanted : Rowing Coach. Halland and Clark Ltd. London.
  • Loehr, James. (1999). The New Toughness Training for Sport. Leisure Press

MONOGRAF

  • Mohar Kassim. Buku Sumber Sains Sukan (Tahap Asas). Institut Sukan Negara.
  • De Vries, Leonard. Reading Sport Science Level 1. Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan Malaysia.

ES 02203 SUKAN RAGBI

Kursus ini menawarkan kepada pelajar dua bidang utama iaitu dari segi kepegawaian dan kejurulatihan. Dalam bidang kepegawaian, pelajar akan didedahkan kepada aspek sejarah sukan ragbi, falsafah sukan ragbi, pengurusan sukan, memperkenalkan jenis-jenis pengelolaan sukan ragbi, pengelolaan acara sukan dan kecederaan dalam sukan. Manakala dalam bidang kejurulatihan pula, pelajar akan mempelajari cara mengaplikasikan sains sukan dalam permainan ragbi, konsep latihan, prinsip-prinsip latihan, kemahiran asas sukan ragbi dan undang-undang permainan. Kursus ini dijalankan secara teori dan amali.

   BACAAN ASAS

  • Cheah Swee Ming (1995). Sains Dalam Sukan. Penerbitan Fajar Bakti
  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sport and Stress Therapy: Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strenghthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Rex Hanzeldine. 1987. Fitness for Sports. The Crowood Press.

MONOGRAF

  • Abd. Wahab Hussin. Artikel Pengurusan Sukan. Universiti Kebangsan Malaysia
  • Arshad Ahmad. Siri Sukan Popular – Ragbi
  • Auckland Rugby Union. Rugby Skills Development Using Grids
  • England Rugby Union. Coaches Handbook

ES 02303 TENIS

Kursus ini memberi pengalaman dan pengetahuan kepada para pelajar berkenaan dengan sukan tenis yang akan dijalankan secara teori dan juga praktikal. Kuliah teori diterangkan tentang sejarah, konsep permainan, peraturan dan juga undang-undang asas sukan tenis. Bagi kuliah praktikal pula, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas permainan, teknik dan kaedah latihan serta mengenal pasti jenis-jenis kecederaan dalam sukan tenis iaitu cara yang betul untuk mencegah dan merawat setiap jenis kecederaan. Di akhir kursus pelajar seharusnya dapat menguasai teknik permainan dengan betul dan mampu untuk mengadili sesuatu pertandingan tenis.

RUJUKAN

  • Jim Brown. 1989. Teaching Tennis, Step to Success. Leisure Press, United States of America.
  • John Crooke. 1984, The Pocket Guide To Tennis Tactics. Halland and Clark Ltd. London.
  • John Crooke. 1984. Better Tennis. The Windmill Press. Great Britain.
  • Joyce Hume. 1986. Better Tenis : 50 Pro-Tennis Techniques In Action. Pelham Books London.
  • R. Ramesh. 1993. Tennis. Penerbitan Fargeos Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

  ES 02403 TENIS MEJA

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai teknik-teknik kemahiran dan strategi sukan tenis meja. Kursus ini meliputi penguasaan teknikal termasuk mengenai meja tennis, jaring bola, bat serta semua definisi yang berkaitan misalnya rally, let, pukulan (strike) gangguan, ‘sed-line’ dan sebagainya. Kursus ini akan menekankan kaedah dan teknik bermain dengan bimbingan jurulatih.

BACAAN ASAS

  • Ahmad Wafi. 1996. Siri Teras Sukan. Goodmark Enterprise.
  • Hodges, Larry. 1993. Table Tennis.: Step to Success, Human Kinetics.
  • Lee Chin Choy. 1994. Ping Pong. Penerbit Fajar Bakti.
  • Lee Chin Choy. 1991. Siri Sukan Popular. Penerbit Fajar Bakti.
  • M. Preiss, Scot. 1991. Table Tennis: The Sport. McGraw Hill.

ES 02503 PERAHU LAYAR

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar dengan teknik-teknik pembelajaran perahu layar dan jenis-jenis pertandingan yang terlibat. Teknik pengajaran yang digunakan adalah mudah untuk memberikan kefahaman dan kemahiran dalam pertandingan perahu layar. Pelajar juga didedahkan dengan asas renang, teknik pengemudian dan kawalan layar serta teknik-teknik imbangan perahu.

BACAAN ASAS

  • Bond, B. 1992. The Handbook of Sailing. New York, NY : Alfred A. Knopf.
  • Don Casey. 1995. Sailboat Refinishing. ME : International Marine.
  • Gary Jobson, Tom Whidden & Adam Loory. 1990. Championship Tactics : How Anyone Can Sail Faster, Smarter and Win Races. Alfred A. Knopf
  • Goodman, D. & Brodie, I. 1994. Learning to sail : The Annapolis Sailing School Guide for All Ages. Camden, ME : International Marine.
  • Slocombe, L. 1982. Sailing Basics. Englewood Cliff, NJ : Prentice-Hall, Inc.