Sinopsis komponen Sukan dan Rekreasi

Cetak

ES 00103 BADMINTON

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan badminton. Kursus teori meliputi aspek-aspek persejarahan dan latarbelakang permainan, keperluan permainan, peralatan, gelanggang, pakaian, undang-undang permainan, asas sains sukan dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meliputi etika disiplin diri, kehadiran, latihan, permainan, pengurusan pertandingan, pengadilan dan kemahiran asas serta teknik.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 00203 BOLA JARING

Kursus ini akan memperkenalkan kepada pelajar asas-asas dalam sukan bola jaring dari segi sejarah, teori dan praktikal. Pelajar akan didedahkan tentang undang-undang kepengadilan dan kemahiran-kemahiran asas permainan ini iaitu membaling, menerima, menjaring dan sebagainya.Turut diperkenalkan ialah kepegawaian dalam sukan ini seperti pencatat skor dan penjaga masa. Bagi memperluaskan lagi pendedahan, pelajar akan diperlihatkan tayangan video permainan bola jaring peringkat dunia. Pelajar juga akan turut diberikan pendedahan langsung dalam permainan dengan mengadakan perlawanan persahabatan sama ada di dalam atau pun di luar kampus.

 BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 00303 BOLA KERANJANG

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar kemahiran-kemahiran asas dan kaedah-kaedah permainan bola keranjang serta peraturan-peraturan baru dalam permainan bola keranjang. Kursus ini meliputi teori dan amali khususnya yang berhubung dengan gelanggang permainan, peralatan, pengadil dan kepengadilan, kaedah mendapat mata, peraturan permainan, kemahiran-kemahiran asas dan kejurulatihan. Pada akhir kursus ini, sijil kelulusan kursus akan diberikan berdasarkan keputusan ujian teori dan ujian praktikal/amali yang dikendalikan oleh jurulatih sendiri.

BACAAN ASAS

ABC/MABA/PETRONAS Basketball Advance Coaching Course.

 ES 00403 BOLA SEPAK

Kursus ini mendedahkan pelajar mengenai sejarah bola sepak, keperluan asas permainan seperti peralatan dan padang permainan. Selain itu, pelajar akan didedahkan dengan undang-undang bolasepak dan teknik-teknik bermain seperti mengelecek, kawalan, hantaran bola, tandukan dan jaringan gol. Pelajar juga akan didedahkan dengan asas kejurulatihan dan kepengadilan.

 RUJUKAN

MONOGRAF

ES 00503 BOLA TAMPAR

Kursus ini memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kaedah dan kemahiran dalam sukan bola tampar. Kursus ini meliputi teori dan amali khususnya yang berhubung dengan teknik permainan, peralatan, pengadil dan kepengadilan, kaedah skor, peraturan permainan dan organisasi pertandingan.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 00603 BOLING (10 PIN)

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai teknik-teknik kemahiran dan strategi sukan boling (10 pin). Latihan kemahiran, kecerdasan fizikal, undang-undang dan peraturan , penganjuran dan pengelolaan, kejurulatihan serta kepengadilan dalam sukan ini merupakan aspek-aspek yang juga ditekankan. Kursus ini akan dikendalikan menerusi teori dan praktikal. Pelajar juga akan ditugaskan untuk membuat laporan akhir bagi menilai sebahagian daripada prestasi mereka.

 BACAAN ASAS

EC 00703 BOLING PADANG

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada relajar mengenai teknik kemahiran dan strategi sukan boling padang. Kursus ini meliputi penjelasan definisi-definisi dalam sukan boling padang, ukuran green yang meliputi padang, ditch, bank, ukuran peralatan termasuk mal, jack, permainan berempat, penentuan permainan dalam pertandingan serta tugas-tugas pegawai sukan boling padang.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 00803 EQUESTRIAN

Kursua equestrian memperkenalkan para pelajar dengan kefahaman berkenaan dengan kuda secara lebih meluas. Pelajar akan diberikan kuliah berkenaan sejarah kuda, kaedah mengenali kuda, kesihatan dan pertolongan cemas untuk kuda, asas pemakanan dan pengurusan dan juga aktiviti yang melibatkan kuda. Dalam kelas praktikal, pelajar akan didedahkan dengan pengurusan kandang, perapian, minuman dan pemakanan untuk kuda. Pelajar juga kan diajar teknik untuk berinteraksi dengan kuda dan mempelajari teknik keselamatan dan kendalian kuda yang betul. Di akhir pengajaran pelajar akan dapat menaiki pelana dan menunggang kuda di persisiran pantai.

 BACAAN ASAS

ES 00903 GOLF

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan awal tentang teori dan praktikal sukan golf kepada pelajar. Kursus ini meliputi sejarah dan perkembangan golf, etika, peraturan dan undang-undang golf yang digariskan oleh Royal And Ancient Golf Club of St. Andrews dan United State Golf Association (USGA), peralatan yang digunakan, teknik-teknik asas bermain serta penganjuran pertandingan golf di samping bagaimana mengawal emosi dan strategi semasa bermain.

BACAAN ASAS

Greate Golfer. Dorling Kindersley, London.

Champaign, USA.

Champaign, USA.

ES 01003 HOKI

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kaedah dan kemahiran di dalam sukan hoki. Kursus ini mengandungi teori dan praktikal, yang mana teori akan diadakan di dalam kelas dan praktikal diadakan di padang permainan. Kursus ini juga akan membolehkan pelajar mengetahui tentang teknik permainan hoki, penyediaan padang hoki, peralatan permainan, undang-undang permainan dan kepengadilan serta persediaan pemain sebelum pertandingan.

 BACAAN ASAS

ES 01103 MEMANAH

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan teori dan amali kepada para pelajar mengenai teknik-teknik kemahiran sukan memanah. Kursus ini meliputi pengetahuan sasaran (target faces), kedudukan padang (range layout), persediaan dan pengetahuan peralatan memanah, jenis-jenis gaya memanah, pengawalan (control of shooting), sistem skor dan peraturan-peraturan yang berhubung dengan sukan memanah.

BACAAN ASAS

ES 01203 RENANG

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar teknik-teknik kemahiran yang berkaitan dengan sukan renang. Kursus ini meliputi pengenalan kepada jenis-jenis renang iaitu kuak bebas atau front crawl, kuak lentang, kuak dada dan kuak kupu-kupu. Pelajar-pelajar akan diajar mengenai teknik-teknik persediaan / persiapan termasuk latihan warm-up, kaedah renang serta peraturan-peraturan renang yang dipersetujui oleh FINA.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 01303 SELAM SKUBA

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran teknik asas selam skuba di laut. Pengajaran secara teori dan praktikal di kolam renang dan laut akan diadakan. Ini merangkumi pengenalan kepada sistem dan peralatan selam skuba, asas oseanografi fizikal dan penyesuaian tubuh badan manusia terhadap persekitaran akuatik, prosedur dan teknik menyelam, prosedur keselamatan di laut dan asas biologi pemuliharaan organisma marin. Setiap pelajar yang mengikuti kursus ini akan dinilai berterusan secara teori dan praktikal serta dimestikan menduduki ujian yang akan melayakkannya menjadi seorang penyelam skuba yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi anugerah Sijil PADI Openwater Diver.

BACAAN ASAS

ES 01403 SENAMROBIK

Kursus ini memperkenalkan kaedah mengajar dan mengendalikan senamrobik secara teratur dan sistematik melalui tiga (3) fasa iaitu ‘Fasa Memanaskan Badan dan Regangan’, ‘Fasa Aerobik dan Conditioning’ dan ‘Fasa Menyejukkan Badan dan Regangan’. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada penggunaan muzik yang betul, Learning Curve, Koreografi, Terminology dan teknik memberi arahan (Cueing). Kursus ini turut memberi pengetahuan asas tentang kaedah pengiraan kadar nadi bagi menentukan tahap kecergasan mengikut ‘Karvonen Formula’ yang diperkenalkan oelh The American College of Sport Medicine.

 BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 01503 LAWAN PEDANG

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan lawan pedang. Kursus teori meliputi aspek-aspek persejarahan dan latarbelakang permainan, keperluan permainan, peralatan, gelanggang, pakaian, undang-undang permainan, asas sains sukan dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meluputi etika disiplin diri, kehadiran, latihan, permainan, pengurusan perancangan, pengadilan dan kemahiran asas serta taktik.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 01603 SEPAK TAKRAW

Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar tentang teknik-teknik dan kemahiran dalam sukan sepak takraw di samping mengekalkan warisan budaya bangsa. Kursus ini meliputi sejarah permainan, peraturan-peraturan teknikal, pengurusan pertandingan serta latihan amali. Pelajar-pelajar juga dikehendaki mengikuti kursus teori sains sukan dan terapi sukan.

 BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 01703 SKUASY

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kaedah dan kemahiran dalam sukan skuasy. Kursus ini meliputi teori dan amali khususnya yang berhubung dengan gelanggang permainan, peralatan pengadil dan kepengadilan, kaedah skor, peraturan permainan, jenis-jenis pukulan(strokes), latihan fizikal dan ‘proficiency test’.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 01803 SOFBOL

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai sukan sofbol. Kursus ini akan dikendalikan dalam bentuk teori dan juga amali. Dalam kelas teori pelajar akan diterangkan tentang sejarah permainan dan juga pengetahuan teknikal seperti permainan, kiraan mata, corak balingan dan pukulan, larian dan juga peraturan permainan. Dalam amali, pelajar akan ditunjukkan persediaan diri (Warm-Up), Kaedah bermain dan juga tugas-tugas pengadil dan pemain di atas padang.

BACAAN ASAS

ES 01903 SUKAN BASIKAL

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan basikal. Kursus teori meliputi aspek-aspek persejarahan dan latarbelakang sukan basikal, keperluan dan peralatan, pakaian, peraturan dan undang-undang sukan basikal, asas sains sukan dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meliputi disiplin diri, kaedah dan latihan kemahiran berbasikal, pengurusan peralatan dan baik pulih, pengurusan pertandingan dan pengadilan, serta taktik dan teknik pertandingan.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 02003 SUKAN KENU

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan keno. Kursus teori meliputi aspek-aspek latar belakang permainan, keperluan asas sukan, peralatan peraturan sukan kenu, asas sains sukan dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meliputi etika disiplin diri, latihan kemahiran, pengurusan, pengendalian dan taktik sukan.

 BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 02103 SUKAN PERAHU

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai sukan perahu. Kursus teori ini meliputi latar belakang dan perkembangan sukan perahu, peralatan sukan, peraturan sukan untuk latihan dan pertandingan, asas sains dan konsep kecergasan. Kursus praktikal pula meliputi latihan kemahiran, latihan pertandingan dan taktik sukan, pengurusan pertandingan dan kepengadilan.

BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 02203 SUKAN RAGBI

Kursus ini menawarkan kepada pelajar dua bidang utama iaitu dari segi kepegawaian dan kejurulatihan. Dalam bidang kepegawaian, pelajar akan didedahkan kepada aspek sejarah sukan ragbi, falsafah sukan ragbi, pengurusan sukan, memperkenalkan jenis-jenis pengelolaan sukan ragbi, pengelolaan acara sukan dan kecederaan dalam sukan. Manakala dalam bidang kejurulatihan pula, pelajar akan mempelajari cara mengaplikasikan sains sukan dalam permainan ragbi, konsep latihan, prinsip-prinsip latihan, kemahiran asas sukan ragbi dan undang-undang permainan. Kursus ini dijalankan secara teori dan amali.

   BACAAN ASAS

MONOGRAF

ES 02303 TENIS

Kursus ini memberi pengalaman dan pengetahuan kepada para pelajar berkenaan dengan sukan tenis yang akan dijalankan secara teori dan juga praktikal. Kuliah teori diterangkan tentang sejarah, konsep permainan, peraturan dan juga undang-undang asas sukan tenis. Bagi kuliah praktikal pula, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas permainan, teknik dan kaedah latihan serta mengenal pasti jenis-jenis kecederaan dalam sukan tenis iaitu cara yang betul untuk mencegah dan merawat setiap jenis kecederaan. Di akhir kursus pelajar seharusnya dapat menguasai teknik permainan dengan betul dan mampu untuk mengadili sesuatu pertandingan tenis.

RUJUKAN

  ES 02403 TENIS MEJA

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai teknik-teknik kemahiran dan strategi sukan tenis meja. Kursus ini meliputi penguasaan teknikal termasuk mengenai meja tennis, jaring bola, bat serta semua definisi yang berkaitan misalnya rally, let, pukulan (strike) gangguan, ‘sed-line’ dan sebagainya. Kursus ini akan menekankan kaedah dan teknik bermain dengan bimbingan jurulatih.

BACAAN ASAS

ES 02503 PERAHU LAYAR

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar dengan teknik-teknik pembelajaran perahu layar dan jenis-jenis pertandingan yang terlibat. Teknik pengajaran yang digunakan adalah mudah untuk memberikan kefahaman dan kemahiran dalam pertandingan perahu layar. Pelajar juga didedahkan dengan asas renang, teknik pengemudian dan kawalan layar serta teknik-teknik imbangan perahu.

BACAAN ASAS