Sinopsis komponen Wajadiri

EW 00103 TAEKWONDO

Kursus ini memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kaedah dan kemahiran dalam seni bela diri/sukan Taekwando (WTF). Kursus ini meliputi teori dan praktikal khususnya yang berhubung dengan kawasan latihan, peralatan pelindung, pengadil dan kepengadilan, peraturan semasa di dalam ‘gym’. Juga jenis-jenis latihan asas, nama-nama kekuda, tangkisan tangan, peraturan sebagai jurulatih dan peraturan pertandingan.

BACAAN ASAS

  • David Mitchell. 1989. The Complete Book of Martial Arts, Reed Consumer Books Limited.
  • Eskay Shazryl and Hanks, J. 1994. Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Jeong Rok Kim.1996. Taekwondo Textbook Volume 1. Taeguek Poomse
  • Nelson, Joan M. 1999. Self-defense : Steps to Success. Illinois : Leisure Press.

EW 00203 KARATE DO

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada ilmu seni mempertahankan diri iaitu karate-do dari segi teori dan amali. Kursus ini meliputi pengetahuan sejarah dan perkembangan sukan ini dan pola pergerakan yang asas dalam seni ini. Latihan amali disusun oleh jurulatih menurut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Karate Dunia (WKF). Selain daripada kuliah dan latihan praktikal secara langsung, pelajar juga akan didedahkan dengan seni ini melalui tayangan video.

BACAAN ASAS

  • Ferrie, Eddie. 1996. Karate-do : The Way of the Empty Hand. Marlborough, Wiltshire : The Crowood Press.
  • Gichin Funakoshi, Tsutomu Ohshima. 1973. Karate-Do Kyohan. Kodansha International.
  • Gichin Funakoshi. 1981. Karate-Do : My Way of Life. Kodansha International.
  • Morris, Tommy. 1987. Karate : The Complete Course : Guinness.
  • Nelson, Joan M. 1999. Self-defense : Steps to Success. Illinois : Leisure Press.

 

EW 00303 SILAT OLAHRAGA

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada acara silat olahraga sebagai satu bidang olahraga yang baru dan kaedah pengurusan pertandingan. Pelajar akan didedahkan kepada sejarah perkembangan sukan silat olahraga, pengendalian latihan, keperluan teknikal pertandingan, peraturan dan pelaksanaan/penganjuran pertandingan. Dalam kursus ini juga pelajar akan dikehendaki menyediakan kertas kerja untuk menganjurkan pertandingan silat olahraga dan menjalani praktikal untuk melaksanakan pertandingan silat olahraga di atas gelanggang.

BACAAN ASAS

  • Anuar Abd. Wahab. 1992. Teknik Dalam Seni Silat Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • David Mitchell. 1989. The Complete Book of Martial Arts. Reed Consumer Books Limited.
  • Micheal Finn. 1988. Martial Arts A Complete Illustrated History. Mackenzie Publishing Limited.

MONOGRAF

  • Leonard A de Vries. Reading Sport Science Level 1. Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan Malaysia.
  • Leonard A de Vries. (1992). Reading Sport Science Level 2 (2nd ed). Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan Malaysia.

EW 00403 SILAT GAYUNG FATANI

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengajaran dan pengalaman kepada para pelajar berkenaan seni silat khususnya silat gayung fatani. Kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada seni silat secara umum, silat gayung fatani, silat dalam pertandingan (seni silat, silat olahraga dan silat Melayu). Falsafah seni silat, system latihan silat seni dan silat tari. Begitu juga sejarah dan perkembangan silat secara umun dan khususnya seni silat gayung fatani akan didedahkan kepada pelajar.

BACAAN ASAS

  • Anuar Abd. Wahab.1992 Seni dan Teknik dalam Silat Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
  • Anuar Abd. Wahab. 1989. Silat Olahraga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
  • Ku Ahmad Ku Mustafa dan Wong Kiew Kit. 1985. Silat Melayu: The Malay Attack. Oxford University Press. Kuala Lumpur.
  • Tuan Ismail Tuan Soh. 1991. Seni Silat Melayu tumpuan kepada seni silat sekebun. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

EW 00503 SILAT SPRING 12

Kursus ini memberi pengajaran dan pendedahan tentang salah satu seni beladiri Melayu yang digunakan dalam pertempuran. Pelajar akan diterangkan dan didedahkan dengan sejarah, latarbelakang, jenis-jenis pukulan dan juga pergerakan yang digunakan. Pelajar akan dilatih untuk bertempur dan juga mempertahankan diri sama ada dengan atau tanpa senjata. Kursus ini juga menekankan aspek kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental yang dapat membantu pelajar bukan sahaja dalam seni silat ini tetapi juga bidang akademik dan kehidupan seharian

BACAAN ASAS

  • Abd. Manna Embung. 1984. Keris. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur
  • Anuar Abd. Wahab.1992 Seni dan Teknik dalam Silat Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
  • Eskay Shazryl and Hanks, .1994. Sport and Stress Therapy: Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.
  • Ke Ahmad Ku Mustafa dan Wong Kiew Kit. 1985. Silat Melayu: The Attack. Oxford University Press. Kuala Lumpur

EW 00603 SILAT CEKAK

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan salah satu seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu. Kursus ini akan diadakan dalam kelas teori dan juga praktikal untuk memantapkan pemahaman dan juga pengetahuan yang mendalam terhadap silat cekak. Dalam kelas teori, pelajar akan diterangkan tentang sejarah, pengasas dan juga guru-guru silat cekak, jenis-jenis pukulan dan juga pengertian bagi setiap pukulan. Dalam kelas praktikal pula, pelajar akan ditunjukkan buah-buah pukulan yang kemas, kunci-kunci tangkapan, langkah dan pergerakan yang betul, teknik menangkis pukulan dan juga menangkis tikaman senjata. Kursus ini hanya menitikberatkan keselamatan diri dan bukan digunakan untuk mengganas dan kepentingan diri.

BACAAN ASAS

  • Abd. Manan Embung. 1984. Keris. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur.
  • Gardner, G.B. (1936). Keris and Other Malay Weapons. Progressive Publishing Co., Singapura.
  • Ku Ahmad Ku Mustafa, Wong Kiew Kit. (1978). Silat Melayu. Kuala Lumpur.

EW 00703 SHORINJI KEMPO

Kursus ini bertujuan mendedahkan para pelajar kepada seni mempertahankan diri iaitu seni bela diri shorinji kempo dari segi teori dan amali. Kursus ini meliputi pengetahuan berkaitan dengan sejarah dan perkembangan sukan ini di dalam Negara dan juga pergerakan-pergerakan yang asas dalam seni ini. Latihan amali yang akan dijalankan disusun oleh jurulatih mengikut pernigkat-peringkat yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Shorinji kempo Malaysia.

BACAAN ASAS

  • Clifford, M. 1998. Traditional Martial Art Traning. Action Publishing
  • David C. V. Wang . 2003. From The Fist To The Heart. Chin Chi Printing Works Sdn. Bhd : Kota Kinabalu, Sabah
  • Nevetsky, J. 1999. Martial Arts and ‘At-Risk’ . Action Publishing
  • So, D. 1970. What is Shorinji Kempo. Japan Publication, Inc: Tokyo.

MONOGRAF

  • Traditional History, Pioneers. Los Angeles, California: Pro – Action Publishing.
  • Corcoran, J., Farkas, E., and Sabel, S. (1993). The Original Martial Arts Encyclopedia