Cetak

 

Bagi mencapai visi dan misi UMS, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar bertekad untuk mencapai matlamatnya seperti berikut:

• Mengaktifkan minat pelajar, membangunkan minda cemerlang, mengasah bakat dan potensi pelajar melalui kegiatan kemahasiswaan yang sihat dan berobjektif khususnya kegiatan kepimpinan, hubungan komuniti, Bakti Siswa dan juga program kemahasiswaan bersifat outreach bagi tujuan membangunkan daya kemahiran insaniah, kepimpinan dan ketrampilan pelajar UMS.

• Melahirkan Pemimpin Masa Depan yang berketrampilan dan berkeyakinan dan mengilap potensi pelajar dalam bidang sukan dan seni melalui kursus kokurikulum yang berkaitan.

• Membentuk dan membangunkan jatidiri pelajar UMS sebagai bangsa Malaysia yang mempunyai nilai patriotism yang unggul, nilai ketahanan diri yang tinggi, berperibadi mulia dan bersahsiah tinggi serta mempunyai kasih sayang sejagat.