PERATURAN UNIVERSITI TERHADAP BAYARAN AKAUN TERTUNGGAK

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA BERDASARKAN PERATURAN UNIVERSITI TERHADAP BAYARAN AKAUN TERTUNGGAK, YANG TELAH DIKUATKUASAKAN DALAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERMULA SEMESTER 1 SESI 2019/2020 MENGGARISKAN BAHAWA:-

  • PENDAFTARAN KURSUS
  • PELAJAR YANG MEMPUNYAI BAKI HUTANG TERTUNGGAK MELEBIHI SATU (1) SEMESTER TIDAK AKAN DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN KURSUS.
  • PELAJAR TIDAK AKAN DAPAT MENGAKSES SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERSEPADU (SMPB) BAGI TUJUAN PENDAFTARAN KURSUS SEHINGGA SEMUA HUTANG TERTUNGGAK DIJELASKAN.

  • SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN
  • PELAJAR YANG MASIH MEMPUNYAI BAKI HUTANG SEMESTER SEMASA TIDAK AKAN DIBENARKAN UNTUK MENCETAK SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
  • PELAJAR TIDAK AKAN DAPAT MENGAKSES SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERSEPADU (SMPB) BAGI TUJUAN MENCETAK SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEHINGGA SEMUA HUTANG TERTUNGGAK DIJELASKAN.
  • TIDAK MEMBENARKAN PELAJAR YANG TIDAK MENGEMUKAKAN SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN UNTUK MASUK KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN.

  • KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
  • PELAJAR YANG MASIH MEMPUNYAI BAKI HUTANG TIDAK AKAN DIBENARKAN UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR.
  • PELAJAR TIDAK AKAN DAPAT MENGAKSES SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERSEPADU (SMPB) BAGI TUJUAN MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEHINGGA SEMUA HUTANG TERTUNGGAK DIJELASKAN.

  • BERGRADUAT
  • PELAJAR YANG TELAH DISAHKAN TAMAT PENGAJIAN DAN LAYAK BERGRADUAT TETAPI MASIH MEMPUNYAI BAKI HUTANG TERTUNGGAK TIDAK AKAN DIBENARKAN UNTUK MENGIKUTI SIDANG KONVOKESYEN.
  • SKROL DAN TRANSKRIP PELAJAR YANG BERHUTANG AKAN DITAHAN SEHINGGA SEMUA BAKI HUTANG TERTUNGGAK DIJELASKAN.

    PELAJAR BOLEH MEMBUAT BAYARAN YURAN DI KAUNTER BENDAHARI PLUMS (MENGGUNAKAN KAD DEBIT/KAD KREDIT/TUNAI) ATAU SECARA ATAS TALIAN MELALUI PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET CIMBCLICK DAN MAYBANK2U.
    (NOTA : UNTUK BAYARAN SECARA ATAS TALIAN, PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAYARAN  KE DALAM SISTEM AKAN MENGAMBIL MASA DUA (2) SEHINGGA TIGA (3) HARI TEMPOH BEKERJA).

SEMUA PELAJAR ADALAH DINASIHATKAN UNTUK SENTIASA MENYEMAK STATUS TUNGGAKAN YURAN PELAJAR DAN MAKLUMAT TAJAAN DI DALAM LEJER PELAJAR MELALUI SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERSEPADU (SMPB) BAGI MEMASTIKAN SEMUA BAYARAN TELAH DIKEMASKINI DI DALAM LEJER PELAJAR TERSEBUT.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN SEKSYEN KEWANGAN, PUSAT LUAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PLUMS), TINGKAT 1, PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ATAU MELALUI:

TALIAN TELEFON          :           088-314600 / 314601
TALIAN FAKSIMILI        :           088-314606
EMEL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.