NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI PENTADBIRAN DAN PENGENDALIAN KAUNTER (AKADEMIK/KEWANGAN) BAGI PUSAT LUAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Selaras dengan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri berkenaan dengan peningkatan angka penularan jangkitan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 9 Jun 2020, pihak Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) mengambil langkah untuk menutup operasi pentadbiran pejabat dan pengendalian kaunter akademik serta Kewangan bagi tempoh yang dinyatakan di atas.

Semua urusan perkhidmatan Kaunter Akademik dan operasi Pejabat Pentadbiran akan dijalankan secara maya melalui berikut:

(1) Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(2) Whatsapp : 010-835 2594
(3) Facebook : Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah
(4) Instagram : plums_official

Semua urusan pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui kaedah:

(1) Fpx.ums.edu.my
(2) Jompay Biller Code 65292
(3) Maybank2u
(4) CIMBClicks

Sila rujuk Panduan dan Kaedah Pembayaran melalui pautan link berikut: https://drive.google.com/drive/folders/1Qp8p4bZEOM79tAsBwP2Dv0TSAZRtVXE8

Bersama-samalah kita berdoa agar penularan wabak ini akan dapat dikurangkan serta sentiasa menjaga kebersihan diri dan mematuhi perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amatlah diharapkan serta dihargai.

Sekian, terima kasih.