Hebahan Permohonan Kemasukan Mengikuti Program Taska, Program Tadika & Daycare Dan Program Transit Pusat Minda Lestari Universiti Malaysia Sabah Tahun 2023

Print

Hebahan Permohonan Kemasukan Mengikuti Program Taska, Program Tadika & Daycare Dan Program Transit Pusat Minda Lestari Universiti Malaysia Sabah Tahun 2023

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang berminat untuk menghantar anak-anak mengikuti program-program yang ditawarkan di Pusat Minda Lestari.

2. Permohonan boleh diisi melalui pautan https://pml.ums.edu.my, log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan active directory kakitangan masing-masing. Tarikh permohonan dibuka adalah bermula 1 November 2022 sehingga 13 November 2022. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 088-320000 sambungan 202602/202600.