ALUAN PENGARAH

Ibu bapa, pelajar dan netizen yang dihormati,

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah! Kami amat menghargai masa anda bersama kami di alam maya ini dan semoga ia akan memberikan pencerahan yang baik dan meninggalkan makna yang mendalam untuk anda semua di sini.

Misi PNRF adalah untuk memastikan kebajikan pelajar non-residen terjaga dan terjamin untuk membolehkan semua pelajar dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada pelajaran. PNRF turut memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dapat meningkatkan pembangunan insaniah mereka secara holistik, agar kelak mereka akan menjadi pelajar yang berdaya saing, kompeten dan bertaraf global. Ianya senada dengan fokus strategik Keenam Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu mengambil berat dan prihatin terhadap kebajikan pelajar yang menginap di luar kampus, seperti terkandung dalam teks ucapan Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi bagi tahun 2021.

Disamping itu, PNRF juga berperanan menyelaraskan perihal fasiliti perumahan pelajar agar berupaya menjadi kolej kediaman pelajar yang kondusif, yakni selamat dan selesa agar mereka fokus untuk menimba ilmu.

PNRF sentiasa memberikan sokongan yang dapat memupuk pelajar merasa selamat untuk meneroka cabaran baru sepanjang pengajian di Universiti Malaysia Sabah. Kakitangan PNRF sentiasa bersedia dan prihatin dalam membimbing pelajar dalam meningkatkan nilai jati diri mereka untuk menuju kepada mahasiswa holistik. Di masa-masa sukar sebegini di sepanjang tempoh pandemic C-19, diharapkan agar semua pelajar NR sentiasa tabah, bersemangat waja dan menjaga SOP masing-masing. Bak kata pepatah Inggeris, ‘when the going gets tough, the tough gets going’.

 Director of Centre for NR and Student Residential Facilities Management

Setiap pelajar non-residen mempunyai keperluan kebajikan yang berbeza dan unik. Ketahui bagaimana PNRF dapat membantu pelajar NR untuk berjaya.

hubungi kami

MORE INFORMATION

Recent Posts