Pada tarikh 21 sehingga 22 Mac 2019 bertempat di Bilik Seminar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), kami telah mengadakan Audit Dalaman Data MyRA. Audit ini telah dihadiri oleh panel juruaudit dalaman MyRA, staf Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM) sebagai urusetia MyRA serta pemilik-pemilik data dari pelbagai jabatan.

Audit Dalaman Data MyRA ini merupakan lanjutan daripada Pra Audit Dalaman Data MYRA dua minggu lepas. Tujuan audit ini dilaksanakan adalah untuk panel juruaudit dalaman membuat pemeriksaan dan penilaian semula data dan bukti yang telah ditambah baik oleh pemilik-pemilik data. Audit yang berlangsung selama dua hari ini telah berjalan dengan lancar dan semua pihak yang telibat memberikan kerjasama sepenuhnya.

Hasil daripada audit dalaman ini, data dan bukti telah ditambah baik oleh pemilik-pemilik data sesuai dengan catatan yang dibuat oleh panel juruaudit dalaman semasa Pra Audit Dalaman Data MYRA. Semua data dan bukti yang telah dikumpul dan disahkan akan dihantar ke pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui system MyRA KPM.