Pada 7 dan 8 Mac 2019, kami telah mengadakan Pra Audit Dalaman Data MyRA yang diadakan di Bilik Seminar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) yang telah dihadiri oleh panel juruaudit dalaman MyRA, staf Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM) sebagai urusetia MyRA serta pemilik-pemilik data dari pelbagai jabatan.

Tujuan Pra Audit Dalaman Data MYRA ini diadakan adalah untuk panel juruaudit dalaman memeriksa dan menilai data yang telah diberikan oleh pemilik-pemilik data yang diminta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk tujuan pengumpulan data MyRA pada tahun ini, kami telah membangunkan satu sistem dalaman MyRA. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah:

  • Mengumpulkan senarai data yang diberikan oleh pemilik data mengikut seksyen-seksyen seperti di dalam sistem MyRA KPM.
  • Pemilik data memuat naik dokumen bukti.
  • Menyediakan ruang untuk juruaudit dalaman MyRA membuat catatan berkenaan data dan bukti yang disediakan oleh pemilik data.

Hasil daripada pra audit dalaman ini, pemilik-pemilik data dapat menambah baik data serta bukti yang diberikan mengikut catatan panel juruaudit dalaman.