English (UK)

Roadshow Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (AKIPP) Tahun 2020

Roadshow Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (AKIPP) Tahun 2020

30 Januari 2020
Pihak Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Kualiti Akademik (PKPKA) UMS telah memperkenalkan AKIPP 2020 kepada semua pensyarah PPIB. AKIPP 2020 ini secara langsung mengalakkan pensyarah menyertai Anugerah Akademik Negara (AAN) 2020, dan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2020 akan datang.

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Dr. Rahmawati Binti Pare, Timbalan Pengarah PKPKA. Seterusnya, En Yuzainy Janin, Pensyarah FPEP, dan Dr. Chiew Tung Moi, Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa PPIB telah menyampaikan perkongsian pengalaman proses permohonan anugerah pengajaran dan pembelajaran seperti K-Novasi 2019 dan AKRI 2019.

Pihak PPIB mengucapkan ribuan terima kasih atas sesi taklimat dan perkongsian tersebut.

#roadshow #pkpka #PPIB #ppibbaini #ums25tahun #umsbaini #bertekadcemerlang #MenginsankanManusia #jklamanwebPPIB @ Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa