Malay

PELAKSANAAN KULIAH MAYA MULAI 16 MAC 2020 SEHINGGA PEMAKLUMAN BERIKUTNYA

Mengambil kira situasi semasa berkaitan penularan wabak COVID-19 di Malaysia, UMS akan mengambil langkah-langkah berikut berkaitan aktiviti akademik berkuat kuasa pada 16 Mac 2020 (isnin) sehingga pemakluman seterusnya dibuat:

1. Semua kuliah/tutorial akan dijalankan secara maya melalui laman sesawang berikut: http://smart2.ums.edu.my atau http://smartv3.ums.edu.my.

2. Semua aktiviti akademik berbentuk praktikal dan di luar kelas ditangguhkan.

Bersama-samalah kita berdoa semoga wabak COVID-19 itu akan bertambah reda secepat mungkin. Sila patuhi nasihat kesihatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa dari masa ke semasa.