Struktur Kursus

Struktur Kursus

Penawaran kursus di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa dikelompokkan  dalam tiga gugusan iaitu:

  • 1. Gugusan Wajib Universiti (6 jam kredit)
  • 2. Gugusan Bahasa-Bahasa  (8 jam kredit)
  • 3. Gugusan Pengajian Liberal (6 jam kredit).

BAHAGIAN 1: Gugusan Wajib Universiti

Jumlah jam kredit bagi Gugusan Wajib Universiti ialah enam (6) jam kredit. Kursus UW00102 Hubungan Etnik (HE) dan kursus UW00202 Tamadun Islam dan Asia (TITAS) adalah wajib kepada semua pelajar kecuali pelajar antarabangsa. Walau bagaimanapun, pelajar antarabangsa diwajibkan mengambil Bahasa Melayu Asas Tahap 1 dan Bahasa Melayu Asas Tahap  2 untuk melengkapkan 4 jam kredit bagi menggantikan kursus Hubungan Etnik dan kursus TITAS.

Bagi pelajar antarabangsa yang mempunyai kemahiran Bahasa Melayu (khususnya dari Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan selatan Thailand) diwajibkan mengambil Bahasa Melayu Lanjutan 1 dan 2. Sementara itu, kursus UW00302 Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) diwajibkan kepada semua pelajar termasuk pelajar antarabangsa. Kursus-kursus ini ditawarkan mengikut aliran pengajian (Sastera atau Sains) pada setiap semester.

KOD

KURSUS

JAM KREDIT

UW00102 Hubungan Etnik 2
UW00202 Tamadun Islam dan Asia (TITAS) 2
UW00302 Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) 2

PenDAFTARAN Kursus WAJIB UNIVERSITI MENGIKUT ALIRAN DAN SEMESTER

ALIRAN SASTERA SEMESTER KOD KURSUS
  1. Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan
  2. Fakulti Psikologi dan Pendidikan
  3. Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
  4. Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan
1 UW00102
2 UW00202
4 UW00302
ALIRAN SAINS SEMESTER KOD KURSUS
  1. Fakulti Sains dan Sumber Alam
  2. Fakulti Kejuruteraan
  3. Fakulti Komputeran dan Informatik
  4. Fakulti Pertanian Lestari
  5. Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
2 UW00102
1 UW00202
3 UW00302
PELAJAR PERUBATAN SEMESTER KOD KURSUS
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 2 UW00102
1 UW00202
2 UW00302


BAHAGIAN 2: Gugusan Bahasa

Pendaftaran kursus PPIB dalam gugusan bahasa dibahagikan kepada dua kategori mengikut pencapaian pelajar dalam Malaysian Universiti English Test (MUET): 

MUET  gelung 1 dan 2  : Empat (4) modul bahasa Inggeris di peringkat asas [lapan (8) jam kredit

 MUET gelung 3, 4, 5 dan 6 :  Tiga (3) tahap daripada mana-mana bahasa asing/ tempatan [enam (6) jam kredit] dan satu modul bahasa Inggeris jam kredit]

Jadual 2.1: Senarai Pendaftaran Kursus Bahasa Inggeris bagi Pelajar yang mencapai MUET gelung 1 dan 2

       ALIRAN

SEMESTER

KOD DAN NAMA KURSUS
SASTERA SAINS
I

UB00102

COMMUNICATIVE ENGLISH GRAMMAR

UB00202

ORAL COMMUNICATION IN ENGLISH

II

UB00202  

ORAL COMMUNICATION IN ENGLISH

UB00102  

COMMUNICATIVE ENGLISH GRAMMAR

III

UB00302

READING AND WRITING IN ENGLISH

UB00702

 ENGLISH FOR OCCUPATIONAL PURPOSES

IV

UB00702

 ENGLISH FOR OCCUPATIONAL PURPOSES

UB00302  

READING AND WRITING IN ENGLISH

JUMLAH JAM KREDIT 8 8

* Setiap pelajar wajib lulus keseluruhan kursus Bahasa Inggeris dengan purata Gred C untuk membolehkan pelajar layak bergraduat.

Jadual 2.2:  Senarai Pendaftaran Kursus Bahasa Asing/Tempatan dan Bahasa Inggeris bagi Pelajar yang mencapai MUET Gelung 3, 4, 5 dan 6

SEMESTER KURSUS BAHASA ASING /TEMPATAN JAM KREDIT JUMLAH JAM KREDIT
I Asas 1 2 6
II Asas 2 2
III Asas 3 2
ATAU
I Lanjutan 1 2
II Lanjutan 2 2
III Lanjutan 3 2
DAN 2
KURSUS BAHASA INGGERIS
IV UB00402 Academic Reading and Writng 2
ATAU
UB00502 English For Research Purposes 2
ATAU
UB00602 Grammar In Context 2
ATAU
UB02002 English for Employment 2
JUMLAH JAM KREDIT YANG PERLU DIAMBIL 8

Bahasa Inggeris Lanjutan

Pendaftaran kursus Bahasa Inggeris Lanjutan hanya dikhususkan kepada beberapa program di fakulti tertentu:

  1.  FKJ - [Program Kejuruteraan Awam (HK01); Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (HK02); Kejuruteraan Kimia (HK03); Kejuruteraan Mekanikal (HK08) dan Kejuruteraan Komputer (HK20)]
  2. FKSW -  [Program Hubungan Antarabangsa  (HA15)]
  3. FPP - [Program TESL (HT06)]

Jadual 2.3: Senarai Pendaftaran Kursus Bahasa Inggeris Lanjutan bagi Pelajar Kejuruteraan, Hubungan Antarabangsa dan TESL yang mencapai MUET Gelung 3, 4, 5 dan 6

Program Kod dan Kursus Jumlah Jam Kredit
Semester 1 Semester 2 Semester 3 Semester 4

Kejuruteraan

(HK01, HK02, HK03, HK08, HK20)

UB00602

Grammar In Context

UB00402

Academic Reading and Writing

UB02002

English for Employment

UB00502

English for Research Purposes

8

TESL (HT06) dan Hubungan Antarabangsa (HA15)

UB00402

Academic Reading and Writing

UB00602

Grammar In Context

UB00502

English for Research Purposes

UB02002

English for Employment

8

Jam kontak bagi setiap kursus bahasa Inggeris ialah tiga (3) jam. Setiap pelajar WAJIB lulus dalam kursus bahasa Inggeris pada tahap yang terdahulu sebelum dibenarkan mendaftar ke tahap yang seterusnya.

Bagi Kursus Bahasa Inggeris, pelajar diwajibkan lulus dengan purata Gred C untuk membolehkan pelajar layak bergraduasi.

SYARAT KHAS PENDAFTARAN KURSUS BAHASA ASING DAN TEMPATAN DI PERINGKAT ASAS

Pelajar daripada kumpulan penutur etnik tertentu daripada bahasa ibunda yang sama dengan kursus bahasa asing dan tempatan tidak dibenarkan mendaftar kursus tersebut di peringkat asas. Walau bagaimanapun, pelajar diberi kelonggaran untuk mendaftar kursus bahasa asing dan tempatan di peringkat lanjutan sekiranya memenuhi syarat khas yang ditetapkan.

SYARAT KHAS PendaftarAN KURSUS Bahasa Asing DAN TEMPATAN DI PERINGKAT Lanjutan

Pelajar yang menepati syarat - syarat berikut dibenarkan mengambil kursus bahasa asing dan tempatan di peringkat lanjutan:

  • Bahasa Mandarin Lanjutan - Lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat  SPM dengan mendapat minimum gred C.
  • Bahasa Arab Lanjutan - Lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM dengan mendapat minimum gred C.
  • Bahasa Tamil Lanjutan– Lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM dengan mendapat minimum gred C.


Senarai Kursus Bahasa Asing dan Tempatan 

SEMESTER KURSUS JAM KREDIT

UA00102

UA00202

UA00302

UA00402

UA00502

UA00602

Bahasa Arab Tahap I

Bahasa Arab Tahap II

Bahasa Arab Tahap III

Bahasa Arab Lanjutan I

Bahasa Arab Lanjutan II

Bahasa Arab Lanjutan III

2

2

2

2

2

2

UD00102

UD00202

UD00302

Bahasa Kadazandusun Tahap I

Bahasa Kadazandusun Tahap II

Bahasa Kadazandusun Tahap III

2

2

2

UJ00102

UJ00202

UJ00302

Bahasa  Jepun Tahap I

Bahasa Jepun Tahap II

Bahasa Jepun Tahap  III

2

2

2

UN00102

UN00202

UN00302

UN00402

UN00502

UN00602

Bahasa Mandarin Tahap I

Bahasa Mandarin Tahap II

Bahasa Mandarin Tahap III

Bahasa Mandarin Lanjutan I

Bahasa Mandarin Lanjutan II

Bahasa Mandarin Lanjutan III

2

2

2

2

2

2

UP00102

UP00202

UP00302

Bahasa Perancis Tahap  I

Bahasa Perancis Tahap II

Bahasa Perancis  Tahap III

2

2

2

US00102

US00202

US00302

Bahasa  Sepanyol Tahap  I

Bahasa  Sepanyol Tahap  II

Bahasa  Sepanyol Tahap III

2

2

2

UT00102

UT00202

UT00302

UT00402

UT00502

UT00602

Bahasa Tamil Tahap  I

Bahasa Tamil Tahap II

Bahasa Tamil Tahap  III

Bahasa Tamil Lanjutan I

Bahasa Tamil Lanjutan II

Bahasa Tamil Lanjutan III

2

2

2

2

2

2

UU00102

UU00202

UU00302

Bahasa Korea  Tahap  I

Bahasa Korea  Tahap  II

Bahasa Korea Tahap III

2

2

2

BAHASA MELAYU UNTUK PELAJAR BUKAN MALAYSIA

Kursus Bahasa Melayu hanya ditawarkan kepada pelajar luar negara yang dibahagikan kepada pelajar antarabangsa dan wilayah Nusantara. Pelajar antarabangsa merujuk kepada pelajar yang datang dari semua negara kecuali negara yang terletak di wilayah Nusantara seperti Bunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan selatan Thailand.


PELAJAR ANTARABANGSA
KOD KURSUS JAM KREDIT

UM00102

UM00202

Bahasa Melayu Tahap I

Bahasa Melayu Tahap II

2

2

PELAJAR DARI WILAYAH NUSANTARA
KOD KURSUS JAM KREDIT

UM00402

UM00502

Bahasa Melayu Lanjutan I

Bahasa Melayu Lanjutan II

2

2

Bahasa Asing dan Tempatan (Minor)

Kursus Bahasa Asing dan Tempatan Minor hanya ditawarkan kepada pelajar Program Hubungan Antarabangsa (HA15), Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.

KOD KURSUS KREDIT

UZ01904

UZ02004

UZ02104

UZ02203

Bahasa  Arab  Minor I

Bahasa Arab  Minor  II

Bahasa Arab  Minor  III

Bahasa Arab Minor IV

4

4

4

3

UZ01504

UZ01604

UZ01704

UZ01803

Bahasa Mandarin Minor I

Bahasa Mandarin Minor II

Bahasa Mandarin Minor III

Bahasa Mandarin Minor IV

4

4

4

3

UZ01104

UZ01204

UZ01304

UZ01403

Bahasa Jepun Minor I

Bahasa Jepun Minor II

Bahasa Jepun Minor III

Bahasa Jepun Minor IV

4

4

4

3

UZ02704

UZ04004

UZ04104

UZ04203

Bahasa Perancis Minor I

Bahasa Perancis Minor II

Bahasa Perancis Minor III

Bahasa Perancis Minor IV

4

4

4

3

Senarai Kursus Bahasa Asing dan Tempatan Untuk Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

KOD KURSUS KREDIT

UA00102

UA00202

UA00302

Bahasa  Arab  Tahap  I

Bahasa Arab  Tahap  II

Bahasa Arab  Tahap  III

2

2

2

UD00102

UD00202

UD00302

Bahasa Kadazandusun Tahap I

Bahasa Kadazandusun Tahap II

Bahasa Kadazandusun Tahap III

2

2

2

UN00102

UN00202

UN00302

Bahasa Mandarin Tahap I

Bahasa Mandarin Tahap II

Bahasa Mandarin Tahap III

2

2

2

UT00102

UT00202

UT00302

Bahasa Tamil Tahap I

Bahasa Tamil Tahap II

Bahasa Tamil Tahap III

2

2

2

UJ00102

UJ00202

UJ00302

Bahasa Jepun Tahap I

Bahasa Jepun Tahap II

Bahasa Jepun Tahap III

2

2

2

BAHAGIAN 3: Gugusan Pengajian Liberal

Gugusan ini dibahagikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu:

  • Komponen Ilmu Pemikiran Kritikal dan Etos Malaysia (UE)
  • Komponen Ilmu Kemahiran Komunikasi dan Ketrampilan Asas Kerjaya (UC)
  • Komponen Ilmu Hal-Ehwal Malaysia dan Antarabangsa Semasa (UK)

Semua pelajar diwajibkan mengambil satu (1) kursus daripada setiap komponen dalam gugusan ini. Jumlah keseluruhan kursus yang perlu diambil ialah tiga (3) kursus daripada komponen berbeza. Jumlah jam kredit keseluruhan kursus dalam Gugusan Pengajian Liberal (GPL)  yang mesti diambil oleh pelajar sepanjang pengajian ialah enam (6) jam kredit.

UE

ILMU PEMIKIRAN KRITIKAL DAN ETOS MALAYSIA

KOD KURSUS KREDIT
UE00902 Etika dan Akhlak 2
UE01102 Pengantar Falsafah 2
UE01302 Pemikiran Kritis 2
UE01402 Apresiasi Seni 2
UE01502 Pengantar Pemikiran dan Analisis Sosial 2
UE01602 Dialog antara Agama 2
UE01902 Sastera dan Gender 2
UE02102 Etika dalam Sains 2
UE02302 Pluraliti Etnik dan Budaya Borneo 2
UE02802 Sastera dan Masyarakat 2

UC

ILMU KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN KETRAMPILAN ASAS KERJAYA

KOD KURSUS KREDIT
UC01002 Komunikasi Korporat 2
UC01102 Komunikasi Antara Budaya 2
UC01202 Kemahiran Berunding 2
UC01402 Bahasa dan Komunikasi 2
UC01502 Makna dalam Konteks Komunikasi 2
UC01602 Kaedah Pengurusan Berorganisasi 2
UC01702 Penulisan Kreatif 2
UC01802 Pengurusan Kewangan Peribadi 2
UC02102 Komunikasi Pembangunan 2

UK

ILMU HAL-EHWAL MALAYSIA DAN ANTARABANGSA SEMASA

KOD KURSUS KREDIT
UK01002 Pemikiran Politik Semasa 2
UK01202 Perlembagaan Malaysia 2
UK01502 Makanan dan Pemakanan untuk Manusia 2
UK01902 Pengenalan kepada Alam Marin 2
UK02102 Masyarakat dan Perubahan Sosial 2
UK02202 Pengenalan kepada Makanan Halal 2
UK02302 Bumi dan Bencana Alam 2
UK02702 Isu – Isu dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana 2
UK02802 Pengenalan kepada Tenaga diperbaharui 2
UK02902 Pendidikan Sekitaran dan Kelestarian 2

Mengulang Kursus

Pelajar-pelajar yang mendapat gred C-, D+ atau D dalam mana-mana kursus  Gugusan Wajib Universiti, Gugusan Bahasa dan Gugusan Pengajian Liberal dibenar dan digalakkan mengulang untuk memperbaiki PNGK. Manakala pelajar yang mendapat gred E atau X, WAJIB mengulang kursus untuk  membolehkan pelajar layak  bergraduasi.

Bagi pelajar yang mendapat gred E dalam kursus UW00102 Hubungan Etnik, UW00202 Tamadun Islam dan Asia, dan UW00302 Asas Pembudayaan Keusahawanan diwajibkan mengulang kursus yang sama sehingga lulus. Manakala bagi pelajar yang gagal mana-mana kursus Gugusan Pengajian Liberal dibenarkan mengulang kursus yang sama atau menggantikannya dengan kursus lain dalam komponen yang sama.

Syarat lulus Purata C hanya disyaratkan untuk kursus Bahasa Inggeris sahaja dan tidak disyaratkan kepada kursus-kursus dalam gugusan lain (Gugusan Wajib, Gugusan Pengajian Liberal dan Gugusan Bahasa Asing/Tempatan).

Pelajar yang berhasrat untuk menukar mana-mana kursus bahasa Asing dan Tempatan atas sebab-sebab tertentu hendaklah memohon dan mendapat kelulusan daripada Dekan PPIB.

Kegagalan melengkapkan mana-mana penilaian kursus PPIB akan memberikan gred E.

Please publish modules in offcanvas position.