Malay

Visi dan Misi

VISI

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa bertekad untuk menghasilkan siswazah yang mempunyai pandangan holistik dan menghayati nilai-nilai yang mengutamakan kepentingan masyarakat dan negara.

 

MISI

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa berusaha untuk memastikan para pelajar dididik dengan ilmu yang menekankan sifat-sifat mulia kesejahteraan manusia, di samping menanamkan kesedaran cintakan tanah air dan semangat kebangsaan Malaysia yang tulen.  

Demi mencapai misi ini, para pelajar ditawarkan kursus-kursus yang relevan dengan keperluan semasa; kursus yang membawa kepada pemerolehan pengetahuan dan kemahiran insaniah, yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan, dan yang menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

MATLAMAT

Melahirkan siswazah yang mempunyai nilai-nilai insaniah dan mampu menghadapi cabaran pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Objektif

  • Melahirkan siswazah yang berilmu, berkemahiran dan berketrampilan.
  • Melahirkan siswazah yang berupaya memimpin dan berbudi bahasa.
  • Menanamkan semangat patriotik dalam kalangan siswazah, mengembangkan pemahaman dan penghayatan sejarah serta warisan budaya bangsa Malaysia.
  • Melahirkan siswazah yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa asing/tempatan.
  • Melahirkan siswazah yang memiliki kemahiran seimbang dan menyeluruh dari sudut kualiti intelektual dan kemahiran insaniah.

 

Moto

“Memperkasa Nilai Kemanusiaan”

Berusaha untuk memperlengkapkan siswazah dengan ilmu pengetahuan agar menjadi seorang manusia yang seimbang sebagai persediaan menghadapi realiti pekerjaan dan masyarakat.