Visi dan Misi

VISI

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa berusaha untuk menghasilkan graduan yang mempunyai pandangan holistik yang mengakui kepentingan masyarakat dan negara kita.

MISI

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa bekerja untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar diajar betapa pentingnya usaha kerjasama, cintakan negara dan nasionalisme Malaysia yang tulen. Pelajar yang ditawarkan kursus-kursus yang relevan dengan keperluan semasa; kursus yang membawa kepada pemerolehan pengetahuan dan kemahiran lembut, yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan, dan yang menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

MATLAMAT

Melahirkan graduan yang berupaya menerapkan nilai-nilai keinsanan dalam menghadapi cabaran semasa di peringkat nasional dan antarabangsa.

Objektif

  • Melahirkan siswazah yang berilmu, berkemahiran dan berketrampilan.
  • Melahirkan siswazah yang berupaya memimpin dan berbudi bahasa.
  • Menanamkan semangat patriotik dalam kalangan siswazah, mengembangkan pemahaman dan penghayatan sejarah serta warisan budaya bangsa Malaysia.
  • Melahirkan siswazah yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa asing/tempatan.
  • Melahirkan siswazah yang memiliki kemahiran seimbang dan menyeluruh dari sudut kualiti intelektual dan kemahiran insaniah.

Moto

“Memperkasa Nilai Kemanusiaan”

Berusaha untuk memperlengkapkan siswazah dengan  ilmu pengetahuan agar menjadi seorang manusia yang seimbang sebagai persediaan menghadapi realiti pekerjaan dan masyarakat.