KUALA LUMPUR, 27 JULAI - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly dan Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi Dan Pengkomersialan (PPIP), Profesor Madya Dr. Jidon @ Adrian Bin Janaun telah mengadakan kunjungan hormat ke Cradle Fund Sdn. Bhd., MRANTI dan Malaysian Innovation Hub (MIH).

Kunjungan tersebut memfokuskan potensi kerjasama yang dapat memberikan manfaat untuk menjayakan kolaborasi antara agensi-agensi terutamanya dalam bidang inovasi dan pengkomersialan. Bersama-sama dalam lawatan ini ialah Dr. Rozilee Bin Asid (Timbalan Pengarah PPIP), Encik Alvin Azril Mahat @ Mehah (Ketua Pentadbiran PPIP), Puan Aqilah Afendy (Ketua Seksyen Harta Intelek PPIP) dan Puan Nerwani Shereen Binti Haji Halik (Pengurus, Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran) dari UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat. Semoga hasil kunjungan ini dapat membuka lebih banyak kerjasama antara UMS dan Cradle Fund Sdn. Bhd., MRANTI dan MIH.

#UMSKampusRahmah
#BertekadCemerlang
————————————————————
Adventures by A Himitsu https://soundcloud.com/a-himitsu
Creative Commons — Attribution 3.0 Unported— CC BY 3.0
Free Download / Stream: http://bit.ly/2Pj0MtT Music released by Argofox https://youtu.be/8BXNwnxaVQE
Music promoted by Audio Library https://youtu.be/MkNeIUgNPQ8
————————————————————