SELAMAT DATANG

KE LAMAN WEB
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN & INOVASI
(PPPI)

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Phone: Tel : (+6088) 320000 ext. 613810 | WhatsApp: (+6088) 320127 |
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

LATAR BELAKANG
PUSAT pENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


Mengenai Kami:


Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) secara rasminya telah ditubuhkan pada bulan Jun
2002. Nama asalnya ialah Unit Penyelidikan dan Persidangan dan kini dikenali sebagai
Pusat Penyelidikan dan Inovasi.

VISI
PPI Bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dalam
pengurusan aktiviti penyelidikan, persidangan dan inovasi dengan mengutamakan
kepuasan pelanggan berpandukan prosedur dan peraturan kerja yang ditetapkan bagi
mencapai wawasan Universiti untuk menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf
dunia.

MISI
Bertekad mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang untuk mencapai
pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan,
persidangan, penerbitan, khidmat masyarakat dan keseimbangan pengkhususan ilmu
serta keperibadian pelajar untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam
konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan negara.  
Sebagai Pusat Pengurusan aktiviti penyelidikan dan inovasi serta sumber maklumat dan
perundingan terunggul.

OBJEKTIF
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Ringkasnya, PPI menetapkan beberapa objektif iaitu:
• Mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan akademik melalui aktiviti
penyelidikan, persidangan dan inovasi;
• Mengharumkan nama Universiti melalui penyertaan kakitangan akademik
dalam persidangan dan pameran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
dan
• Mewujudkan jalinan kerjasama melalui penyelidikan dan perkongsian
kepakaran akademik sehingga ke peringkat antarabangsa.
PPI ditubuhkan untuk mencapai objektif seperti berikut:
• Memperkasa pengurusan penyelidikan agar lebih teratur, cekap dan
sistematik.
• Menyelaras dan memantau kewangan penyelidikan dengan lebih efisien.
• Memantapkan pengurusan maklumat aktiviti penyelidikan, inovasi serta
kepakaran agar sentiasa relevan untuk dijadikan rujukan.
• Memantapkan pengurusan, perlindungan dan pengkomersilan harta intelek
universiti.
• Memantapkan perancangan perolehan dan pengurusan fasiliti dan instrumen
universiti serta membangunkan makmal akreditasi.
• Memberikan perkhidmatan pengurusan persidangan yang cekap dan
berkesan dalam menggalakan aktiviti persidangan.
• Mempergiat penyertaan penyelidikan dan inovasi dalam pameran dan
pertandingan peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

NEWS

ANNOUNCMENT

Find Us

  • Address: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN & INOVASI
    Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS
    88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Phone: Tel : (+6088) 320000 ext. 213602 | WhatsApp: (+6088) 320127 |
  • Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Last Modified: Wednesday 25 November 2020.

Please publish modules in offcanvas position.