Klinik MyRA Tahun 2026 Peringkat

F/A/P/I Sesi 1

Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Sabah

Β 

Klinik MyRA Tahun 2026 Peringkat F/A/P/I (Sesi 1) merupakan klinik MyRA pertama bagi tahun 2026 yang telah dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Sabah pada 15 Januari 2026, bertempat di Auditorium Jabatan Digital UMS, dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Penyertaan Fakulti dan Institut

Program ini melibatkan penyertaan daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Fakulti Pertanian Tropika (FPT), Fakulti Psikologi dan Kesihatan Sosial (FPSK), Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) serta Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST).

Objektif Program

Penganjuran klinik ini bertujuan memperkukuh pemahaman warga akademik terhadap keperluan pelaporan Malaysia Research Assessment (MyRA) serta meningkatkan kualiti dan ketepatan data penyelidikan, selaras dengan aspirasi UMS sebagai Brain of Borneo.