Bengkel Pemerkasaan Penyediaan Proposal
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)
Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Sabah
Bengkel Pemerkasaan Penyediaan Proposal Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) telah dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Sabah pada 15 Januari 2026 (Khamis), bertempat di Bilik Mesyuarat PPP, UMS, bermula pada pukul 9.00 pagi.
Penceramah dan Perkongsian Pengalaman
Bengkel ini membawakan Dr. Eugene Soo Zhen Xiang (FKJ), seorang penerima Geran YPASM yang memberikan pandangan praktikal berdasarkan pengalaman sebenar dalam mendapatkan pembiayaan penyelidikan YPASM. Sesi kedua pula ialah sesi coaching Prof. Ts. Dr. Uda HashimΒ bersama para penyelidik yang datang bersama draf proposal.
Objektif Program
Bengkel ini bertujuan untuk memerkasakan warga akademik UMS dalam menyediakan proposal penyelidikan yang kompetitif bagi Geran YPASM. Program ini menggabungkan sesi pencerahan dan perkongsian pengalaman penerima geran bagi memberikan pendedahan menyeluruh tentang keperluan, strategi, dan tips kejayaan dalam permohonan geran penyelidikan Antartika, selaras dengan aspirasi UMS sebagai Brain of Borneo. Ini juga merupakan inisiatif Pusat Pengurusan Penyelidikan bagi menggalakkan permohonan daripada pensyarah khususnya pensyarah muda untuk memohon geran.
Mengenai YPASM
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) merupakan satu inisiatif yang menyediakan pembiayaan penyelidikan dalam bidang sains Antartika dan polar. Geran ini membuka peluang kepada penyelidik Malaysia untuk menjalankan kajian berkualiti tinggi yang menyumbang kepada pemahaman global tentang isu-isu perubahan iklim dan ekosistem polar. UMS merupakan rakan smart partnership bersama YPASM untuk third cycle (2026-2030) bersama 11 universiti awam yang lain.