Dimaklumkan bahawa permohonan Pelantikan Penyelidik Pasca Doktoral Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menggunakan peruntukan dana universiti bagi tahun 2026 telah ditutup berkuat kuasa pada 11 Jun 2026 (Khamis).
⚠️ Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut akan diproses bagi tahun 2027.
✅ Walau bagaimanapun, permohonan yang dibiayai melalui Dana Geran Penyelidikan Luar Universiti
masih dibuka dan dialu-alukan sepanjang tahun.
Maklumat Lanjut
👤
Encik Mohd. Aminur Faiz bin Suis
Pegawai Penyelidik
Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam memperkasakan ekosistem penyelidikan di Universiti Malaysia Sabah.
