Hebahan Penarafan Entiti Penyelidikan 2026

Hebahan

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan ingin mempelawa entiti penyelidikan seperti Pusat Penyelidikan, Makmal Penyelidikan, dan Makmal Hidup yang telah ditubuhkan untuk dinaiktaraf sebagai Pusat/Makmal Yang Diiktiraf.

Berikut adalah tarikh dan aktiviti penting berkaitan permohonan Penarafan Entiti Penyelidikan bagi tahun 2026:

  • Permohonan dihantar oleh FAPI: 15 Julai – 14 Ogos 2026
  • Saringan Permohonan: 17 – 28 Ogos 2026
  • Audit Pembuktian Permohonan: 1 – 25 September 2026
  • Mesyuarat JKPEP Bil 2/2025: Ogos 2026
  • Pelaporan JKPEP kepada Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi UMS: Disember 2026

Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama dan jasa baik para Dekan / Pengarah / Timbalan Dekan / Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) untuk menguar-uarkan perkara ini kepada semua kakitangan akademik di FAPI masing-masing.

Bersama ini dilampirkan dokumen yang berkaitan permohonan untuk rujukan pihak YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan menerusi pautan berikut:

📎 Dokumen Penarafan Entiti Penyelidikan
⚠️ Sila ambil maklum bahawa, semua permohonan hendaklah dihantar melalui e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan disalinkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Maklumat Lanjut

👤

Encik Mohd. Aminur Faiz bin Suis

Unit Penarafan Entiti Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

#rmcums  #BrainofBorneo  #UMStheBrainofBorneo