Pusat Pengurusan Penyelidikan · UMS
Makluman Rasmi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBrs. Prof. Datuk Dr. / Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan,
Larangan Menggunakan Dana Kerajaan Untuk Menerbitkan Dalam Tiga Penerbit Antarabangsa
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian amat memandang serius tentang aspek integriti dan kewibawaan akademik dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan.
Justeru itu, pihak Kementerian tidak membenarkan Universiti Awam menggunakan peruntukan dana Kerajaan untuk sebarang penerbitan yang diterbitkan oleh tiga (3) penerbit berikut, berkuatkuasa serta-merta:
Hindawi
Frontiers
MDPI
Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) menasihatkan agar setiap F/A/P/I dapat memainkan peranan dalam memantau isu-isu berkaitan kualiti penerbitan dengan lebih teliti pada masa akan datang.
Bahagian Pengurusan Geran Penyelidikan
Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Sabah
