Pada 28hb Mac, 2018, satu acara Young Scientist Sci-Show (YSCC) telah diadakan di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) bersempena dengan Hari Terbuka Asasi Sains 2018. Acara ini merupakan acara yang pertama kali dianjurkan oleh pihak PPST. Ianya merupakan sebuah demontrasi uji kaji makmal yang berkonsepkan sains.

Program ini telah diwar-warkan di laman sesawang rasmi PPST dan di beberapa media sosial yang lain bagi menggalakkan penyertaan. Bagi sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut, pihak penganjur telah meminta untuk menyediakan video 10-minit untuk tujuan penyaringan ke peringkat akhir. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada sekolah seluruh kawasan Sabah berikutan hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.

Acara bermula jam 2 petang di Bilik Kuliah 2 di PPST. Semasa pertandingan, para peserta menunjukkan ujikaji mereka di khalayak ramai dan para juri. Antara juri pertandingan tersebut adalah Prof. Dr. Kawi Bidin dan Dr. Chee Fuei Pien dari Fakulti Sains dan Sumber Alam, PM Dr. Zairul Anwar Md Dawam dan Dr Norliza Julmohammad dari Fakulti Sains Makanan Dan Pemakanan.

Tempat pertama dan kedua disandang oleh SMK St. John Tuaran dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000 berserta hamper bagi tempat pertama. Tempat pertama membawa tajuk <Wave & Energy Transfer> manakala tempat kedua dengan tajuk <Red Cabbage> membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 beserta hamper. SMK Bahang Penampang dengan tajuk <Osmosis> tidak ketinggalan merangkul tempat ketiga.

Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad selaku Pengarah PPST, telah melahirkan rasa gembira dan kesyukuran kepada para sekolah yang hadir untuk menjayakan program tersebut.  Profesor Dr. Rasid Mail, Timbalan Naib Canselor Akademik & Hal Ehwal Antarabangsa turut hadir memeriahkan program tersebut.

Please publish modules in offcanvas position.