Pada 7 September 2018, Jumaat, yang lalu telah diadakan program Taklimat Ancaman Bom dan Pengenalan Bahan Letupan yang disertai oleh pelajar asasi Universiti Malaysia Sabah(UMS) dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM). Program ini bertujuan sebagai platform untuk para pelajar untuk mendapat lebih banyak pengetahuan mengenai ancaman bom.

Taklimat ini bertempat di bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) bermula seawal jam 8 pagi sehingga jam 5 petang dengan penyertaan seramai 300 pelajar termasuk staf pentadbiran dan pensyarah. Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad, Pengarah PPST dalam ucapan alu-aluannya berpesan agar pelajar dapat mengambil sebanyak mungkin maklumat sepanjang program tersebut.

Program yang dimulai dengan taklimat tersebut yang disampaikan oleh ASP Barnabas Madaun, Pegawai Unit Pemusnah Bom bahawa program ini merupakan cara untuk mendedahkan masyarakat dengan pengetahuan terhadap bom. “Begitu banyak kes masyarakat terpedaya dengan bom palsu disebabkan kurangnya pengetahuan terhadap jenis bom dan bahan letupan”, memetik kata-kata beliau dalam taklimatnya.

Beliau turut menerangkan definisi bahan letupan, campuran bahan kimia di dalam bom, kes-kes berkaitan bom dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan bom. Ini merupakan pengalaman yang berharga bagi pelajar kerana telah didedahkan dengan pengetahuan berkaitan bom pada usia muda.

Program diteruskan pada sebelah petang dengan demonstrasi bom dijalankan di tempat parkir kereta bangunan PPST yang dijalankan oleh pihak PDRM di harapan para pelajar dan staf PPST. Taklimat dan demonstrasi mengenai bom ini merupakan program yang efektif yang meninggalkan kesan dan pengetahuan yang mendalam terhadap para pelajar.

Please publish modules in offcanvas position.