Antara perkara yang perlu diberi perhatian yang seksama bagi seorang hamba pada bulan ramadhan adalah Tazkiyatun Nafs. Tazkiyatun Nafs didefinisaikan sebagai penyucian jiwa.Dengan kata lain, ianya merupakan proses pembersihan rohani terhadap segala ilah/tuhan selain daripada Allah. Proses penyucian jiwa ini menyentuh ketauhidan seorang hamba terhadap tuhannya.Pada bulan ramadhan, jiwa lebih mudah dilembutkan untuk kembali kepda Allah. Antara cara yang paling ampuh adalah dengan mengamal taubat secara berterusan. Taubat boleh dilakukan dari pelbagai medium seperti sunat taubat dan istighfar. Solat sunat dhuha juga dikategorikan sebagai solat taubat. Disamping itu, para ahli shaum juga perlu menjaga anggota mata, telinga dan mulut sepanjang mengerjakan ibadah ramadhan. Dengan penjagaan tersebut membantu untuk proses penyucian jiwa itu sendiri.Solat adalah ibadah yang pertama diperintahkan oleh Allah kepada manusia sebelum puasa. Nabi s.a.w dipanggil ke langit ketika israk mikraj ketika mendapat mandat melaksanakan solat menunjukkan betapa seriusnya ibadah ini disisi Allah.Justru, orang yang berpuasa tanpa melaksanakan ibadah solat adalah orang yang merugi, kerana dia meninggalkan keutamaan yang menjadi asas amalan manusia diterima Allah.

Selain itu, terdapat perkara yang lebih utama daripada seluruh cakupan ini iaitu dosa syirik. Syirik merupakan perbuatan yang paling dibenci oleh Allah SWT karena orang yang berbuat syirik bererti mensejajarkan Allah dengan hal lain.“Jauhilah tujuh (dosa) yang membinasakan!” Mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu?” Beliau menjawab, “Syirik kepada Allah; sihir; membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan haq; memakan riba; memakan harta anak yatim; berpaling dari perang yang berkecamuk; menuduh zina terhadap wanita-wanita merdeka yang menjaga kehormatan, yang beriman, dan yang bersih dari zina.” (HR.  Bukhari dan Muslim)Orang  yang menggunakan benda-benda atau jimat seperti gelang atau kalung yang dipakai dengan niat sebagai penangkal bahaya atau penyakit juga termasuk dalam syirik asghar. Mempercayai Haroscope, mempercayai sebuah kejadian akan mengakibatkan sesuatu benda akan berlaku dan mempercayai ada kuasa lain selain Allah yang mengawal takdir tertentu juga membawa kepada syirik.Orang yang terjebak dalam perbuatan syirik mengakibatkan amal ibadahnya rosak dan tidak akan diterima langsung oleh Allah azza wajal. Oleh yang demikian, setiap individu muslim hendaklah memastikan dirinya agar tidak terjebak dengan perbuatan syirik.

Penceramah merupakan ketua unit pendidikan islam di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

 

Please publish modules in offcanvas position.