Cetak

27 sept 2019 – Pada pertemuan STEM kali ini, para “ Warrior” merangkap  fasilitator modul memulakan aktiviti dengan memperkenalkan “teammate yell” iaitu “The power of atom” sambil membuat gerakan kamehameha. Keceriaan dan kegembiraan menyelubungi suasana dewan SMK Usukan.

Pada slot pertama, pelajar diperkenalkan dengan formula kimia bagi air, kegunaan air dalam kehidupan dan bagaimana menghargai air. Selepas itu, sesi ujian deria dengan membuat pengenalpastian bunyi pada audio yang dipasangkan sebagai selingan.  

Pada slot kedua pula, mereka diperkenalkan konsep ketumpatan bahan dengan membuat mini eksperimen yang memerlukan mereka memasukkan beberapa bahan terpilih kedalam satu botol dan membuat pemerhatian bahan manakah yang akan naik keatas permukaan atau tenggelam di dasar botol. Mereka juga berpeluang membuat ice cream sendiri tanpa freezer. Dengan hanya menggunakan garam dan ais ketul yang di letakkan didalam ziplock. Secara tidak langsung, mereka diperkenalkan sifat garam dan membangkitkan rasa ingin tahu mereka tentang konsep kimia disebalik akitiviti tersebut.

Pada slot yang terakhir, para pelajar didedahkan dengan kesedaran pencemaran alam sekitar seperti kawasan laut, sungai, udara mahupun kawasan daratan. Nilai intrinsik sebegini wajar diterapkan dikalangan para pelajar agar mereka lebih menghargai dan meningkatkan keprihatinan pada alam sekeliling mereka. Setiap kumpulan diminta untuk membuat lukisan yang memiliki mesej sokongan untuk menjaga alam. Aktiviti stem diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada ahli kumpulan yang berjaya menghasilkan imej dan mesej terbaik pada lakaran tersebut.