Print

PSAUMS adalah singkatan nama kepada Persatuan Staf Akademik Universiti Malaysia Sabah. PSAUMS melambangkan iktizam dan komitmen ahli-ahli akademik mempertahankan imej dan maruah UMS, keteguhan dan tidak mudah dirempuh, pemuafakatan semua ahli persatuan, dan berupaya mempertingkatkan tahap profesionalisme ahli. 

Matlamat persatuan adalah:

  1. Meningkatkan taraf profesionalisme dikalangan ahli-ahli.
  2. Meningkatkan budaya akademik dan keintelektualan ahli.
  3. Menyediakan platform pertukaran pendapat antara ahli.
  4. Menjadi saluran komunikasi untuk mengutarakan isu-isu kepentingan ahli kepada pihak pentadbiran universiti mahupun kementerian.
  5. Untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha bersama universiti dalam hal berkaitan dengan penambahbaikan mutu pengajaran, penyelidikan dan perundingan.
  6. Memastikan hak dan kebajikan ahli dilindungi.