Misi dan Visi
MISI
SPOR akan menggunakan sepenuhnya modal insan dalam membangunkan teknologi untuk kemajuan penyelidikan berkaitan kelapa sawit di Universiti Malaysia Sabah dalam usaha untuk menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan, kepakaran dan untuk pengalakan kerjasama dengan industri selaras dengan visi dan misi berkaitan industri minyak sawit Negara.
VISI
SPOR bertekad untuk menerajui pendidikan, penyelidikan dan pengkomersilan khusus kepada Universiti Malaysia Sabah dengan mewujudkan penyelidikan yang berterusan dan strategik untuk pembangunan teknologi yang inovatif dalam industri berkaitan kelapa sawit.
OBJEKTIF
Untuk memenuhi keperluan industri Minyak Sawit melalui:
- Menjalankan penyelidikan dan meningkatkan modal insan yang mahir dalam industri huluan dan hiliran minyak sawit.
- Mewujudkan dan memperluaskan kerjasama dengan agensi-agensi kelapa sawit yang berkaitan dalam bidang pendidikan, pengurusan dan penyelidikan kelapa sawit.
- Memberikan khidmat rundingan berkaitan industri kelapa sawit untuk pembangunan yang lestari.
- Menyumbang kepada hala tuju dasar kelapa sawit Negeri dan Negara apabila diperlukan.
- Menjadi pusat pengumpulan data dan analisa minyak sawit bersama-sama dengan agensi lain.