Bahasa MelayuEnglish (UK)

MESYUARAT PENYELIDIKAN YANG PERTAMA BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

Tarikh   : 15 February 2016

Tempat : Bilik Mesyuarat Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah

Unit Penyelidikan Tuberkulosis (TBRU) telah mengadakan mesyuarat yang pertama bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi tahun 2016. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh dua pegawai dari JKNS, Dr Jiloris J.F. Dony (Ketua Sektor Tibi/Kusta Bahagian Kawalan Penyakit KKM) dan Dr Richard Avoi (Timbalan Pengarah TB/Kusta) berserta ahli penyelidik daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Professor Dr Zainal Arifin Mustapha (Dekan), Professor Dr Ahmad Faris bin Abdullah (Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Professor Madya Dr Naing Oo Tha (Ketua Unit), Professor Madya Dr Kamruddin Ahmed (Felo Penyelidik), Dr Sylvia Daim (Felo Penyelidik), Datuk Dr Mohd Yusof Hj Ibrahim (Felo Penyelidik), Cik Deidre Faye Danggot (Pegawai Sains) dan Cik Sandy Wendy Asoi (Setiausaha Unit TBRU) turut menghadiri bagi membincangkan mengenai penyelarasaan serta kerjasama dengan Unit TBRU dan penyediaan perkhidmatan di Sabah.