School of Business and Economics

Print

pm dr rasid ismail

Dean

Prof. Madya Dr. Rasid Bin Mail

Visit Our Website : http://www.ums.edu.my/spe/


Message from School Dean

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah terpilih dan berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah khususnya kepada Mahasiswa baru Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.

Kejayaan memasuki IPTA adalah satu simbolik keupayaan seseorang insan yang akan bergelar Mahasiswa IPTA. Golongan Mahasiswa ini juga adalah mereka yang telah terpilih dari ribuan pemohon yang ingin memasuki gerbang universiti. Sememangnya usaha yang kuat dan tidak kenal putus asa dalam menimba ilmu menjadi pengukur perbezaan antara pemohon yang berjaya dan pemohon yang tidak berjaya.

Oleh yang demikian, para Mahasiswa dan Mahasiswi seharusnya bersyukur dengan peluang yang mereka kecapi sekarang ini, seterusnya menanamkan sikap lebih bersungguh-sungguh lagi dalam diri mereka kerana dunia pendidikan di IPTA adalah sangat mencabar dan memerlukan daya keyakinan yang lebih kuat dan kental. Sukacita saya ingin menyarankan agar Mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti kemahasiswaan baik di dalam mahupun di luar universiti nanti serta menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat untuk kebaikan diri masing-masing.

Akhir sekali, selamat maju jaya buat semua Mahasiswa dan Mahasiswi, khususnya Mahasiswa Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.

 


Contact Info:

ico-addressSchool of Business and Economics, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

ico-phone+6088-320000 ext. 1413,1520,1519  ico-fax +6088-320360

ico-email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ico-web Our website : http://www.ums.edu.my/spe/